Aug 19, 2010

Boleh Istiqamah?


Kelmarin.
Tazkirah sebelum Tarawih berhampiran rumah sewa saya.

Mafhum hadis Nabi S.A.W

Aku bimbangkan umat aku akan menyembah ramadhan bukannya menyembah ALLAH.


Huraian.

Maksud daripada hadis tersebut ialah, Nabi risaukan umatnya(kita semua)hanya beribadat, melipat gandakan amalan, mentaati perintahNYA dan menjauhi laranganNYA pada bulan Ramadhan sahaja.

Sedangkan kewajipan untuk mentaati perintahnya adalah selagi hayat dikandung badan.

Dan sememangnya keistimewaan bulan Ramadhan segala amalan diperlipatgandakan. Namun, ia bukan bermakna apabila kita 'banyak beramal' pada bulan ini pada bulan-bulan lain kita bebas melakukan dosa. Atau dengan kata lain, amalan pada bulan ini sudah cukup untuk meng'cover'
amalan pada bulan lain. Silap sama sekali.


-Jaga aurat bukan pada Ramadhan sahaja, teruskanlah hingga bulan-bulan lain.
-Jaga percakapan bukan pada Ramadhan sahaja, teruskanlah hingga bulan-bulan lain.
-Jaga pandangan bukan pada Ramadhan sahaja, teruskanlah hingga bulan-bulan lain.
-Jaga perbuatan bukan pada Ramadhan sahaja, teruskanlah hingga bulan-bulan lain.

Jadi, marilah kita sama-sama Istiqamah dalam beramal.
Oh! Ya Rabb, bantulah kami untuk menjadi hambaMu yang taat.

1 comment:

Anonymous said...

insyaAllah..
perkongsian skit ni...
tazkirah slps terawih smlm ader menyebutkan Target Allah kepada kite d bulan Ramadhan ini ialah supaya kite memantapkan keimanan kepada Allah dan menjelma keimanan itu menjadi takwa...
Ini dikemukakan Allah dalam firman-Nya yg ertinya “Hai orang-orang yg beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
jika selepas ramadhan kite xda perubahan ape2 ke arah kebaikan yg berbentuk istiqomah bererti selama ramadhan kite hanya berpuasa yg sia2 iaitu hanya menahan lapar dan dahaga...
jadi, mari kite same2 menjaga segala adab ketika berpuasa ini dgn sebaiknya dan melakukannya hanya kerana Allah...
insyaAllah same2 kite usaha kn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...