Jan 19, 2011

Masalah Penempatan Pelajar IPG hampir Selesai

Alhamdulillah, debaran mengenai isu penempatan pelajar PISMP keluaran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) hampir selesai. Menurut akhbar Mstar, kemungkinan besar graduan-graduan ini akan mula ditempatkan dan mula bertugas selepas cuti raya cina ini. Dan harapannya, moga urusan MQA berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Keratan berita,

Dr Wee announced that the Bachelor of Teaching Degree Programme is expected to be accredited by the Malaysian Qualifications Agency on Jan 24, enabling more than 2,000 teachers from the programme to start work after the Chinese New Year school holidays.

“The teachers will be posted to schools as trained temporary teachers by Feb 7,” he said.


Terjemahan Bahasa Melayu

Dr Wee mengumumkan bahawa graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruanakan dijangka diakreditasi oleh Badan Kelayakan Malaysia pada 24 Jan, membolehkan lebih daripada 2,000 guru dari program untuk mula bekerja selepas cuti Tahun Baru Cina di sekolah.


"Para guru akan dihantar ke sekolah sebagai guru sementara terlatih pada 7 Februari," katanya.


P/s: Moga jangkaan itu tepat. Namun, saya berasa agak pelik kerana mereka dihantar ke sekolah sebagai guru sementara terlatih, mungkin selepas mereka menduduki KISSM barulah status mereka bertukar menjadi guru tetap. Sama-sama kita doakan yang terbaik dan bersangka baik kepada pihak Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) moga dipermudahkan semua.

P/s: Saya teringin ingin posting di Sabah. Mahu melihat tempat orang dan mengumpul sebanyak mungkin pengalaman.


15 comments:

Enh Ear said...

seronok nya... sabar ye.. kalo ada rezeki blh g sana.. kalo dapat surat awal.. confirm dpt sana.. hihih

Nazz@Purple said...

bgus ar..ade org tak nak kesabah..jauh kan..ape pun..semoga maju jaya..

Anonymous said...

assalam..satu perkataan tuan blog tertinggal -expected= dijangka.. Jd harap2 jangkaan beliau tu betul..Yg penting sume org kene bersangka baik pd KPM skang ni..Brozabar..

nisa fadzil said...

insyaallah dipermudahkan urusan posting kita PISMP.
hurmm entah mana la dapat posting nanti, huh nervous !

Lady SharpShouter said...

jarang ada yg mahu ke belah belah sana.dr sana nk ke semenanjung ramailah.tp bagus ada bakal cikgu yg berminat nk ke sana mcm awak.Insyaallah ada rezki tentu dpt pergi sana :)

cik aied said...

semoga segalanya berjalan dengan lancar :)

student said...

Enh Ear,
ni senior punye kes..saya ni baru final year, insyaAllah posting tahun depan..harap2 awal tahun terus posting takde masalah macam tahun ni..:)

student said...

Nazz,
Dalam hati ada Sabah..hoho..:)

student said...

Anonymus,
Btul tu..insyaAllah..moga mudah semua...:)

student said...

nisa,
dimana-mana dihantar tetap perlu berkhidmat dengan rela..ehehe..:)

student said...

Lady,
insyaAllah, mana yang baik...:)

student said...

cik aied,
ameen...mudah-mudahan...:)

ahsfantasy24 said...

alhamdulillah,
harap2 turn kte xde msalah bsar..

student said...

ahsfantasy24,
alhamdulillah..moga-moga lepas ni 'smooth' semua..

sabah yuk! ^_^

ikmaLisme said...

budak2 maktab lain rmai yg dh tau.. senior2 IPIS je blom tau.. sbb dok neves.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...