Anggaran kenaikan harga sehingga 400 peratus berbanding hanya di bawah RM50,000 sekarang adalah berasas jika mengambil kira harga jualan semula dan nilai hartanah semasa.
Berdasarkan laporan, unit baru rumah dan jualan semula hartanah di seluruh negara dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu, flet adalah kategori kediaman yang mendapat permintaan tinggi dengan peningkatan jualan sebanyak 50.4 peratus berbanding 2009.Jualan flet baru di pasaran terbuka berharga RM50,000 hingga RM150,000 berada di tangga kedua selepas kondominium dan apartmen berharga RM50,000 hingga lebih RM1 juta, tetapi jumlah itu tidak termasuk rumah dijual semula.
Sumber: Berita Harian
P/s: Memikirkan bagaimana nasib orang-orang yang kurang berkemampuan? Saya lebih selesa tinggal di landed house dan di kawasan desa daripada di kawasan bandar.
P/s: Sudah mula berfikir hendak tinggal di mana apabila mula bekerja kelak (insyaAllah), enggang terbang sama enggang lah kan dalam merancang dan menguruskan kewangan.
No comments:
Post a Comment