May 13, 2010

Apa itu Istidraj

Bismillah.
Entry ini ditulis bagi menjawab persoalan sahabat-sahabat yang pernah bertanya mengenai konsep dan maksud Istidraj kepada aku. Semoga bermanfaat dan jika ada kesilapan penjelasan daripada aku mohon dibetulkan di ruangan komen untuk aku perbetulkan.

.

.

Apa itu Istidraj?
Menurut kamus Al-Muhit karangan Al-Fairuz Abadi, istidraj membawa makna ia menipu dan ia merendah-rendahkannya.

Bahasa mudahnya, Istidraj ialah diberi kepada mereka nikmat dan dihilangkan kepada mereka erti kesyukuran

Firman ALLAH;

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. [Al-A'raaf : 182]



Hadis Nabi;

“Apabila kamu melihat Allah memberi seorang hamba apa yang diinginkannya, padahal hamba itu selalu berbuat maksiat, maka sesungguhnya itu adalah istidraj dari Allah untuknya”. (HR. Ahmad dan Thabrani, dalam kitab as-Syu’ab).



Hadis Nabi;

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). [Hadith riwayat Ahmad]

Dengan kata lain, apabila seseorang itu dikurniakan nikmat ia akan lupa kepada pemberi nikmat dan berterusan melakukan maksiat dan kejahatan. Nikmat-nikmat itu menyebabkan ia lupa dan menjadi semakin jauh daripada pemberi nikmat.

Setiap kali seseorang hamba itu membuat kemaksiatan, nikmat kepadanya masih tidak 'terputus' hingga menyangkakan perlakuannya itu adalah benar dan menolak untuk bertaubat mahupun memohon ampun atas kemaksiatan yang dilakukan.

Soal nikmat yang dikurniakan, banyak dan pelbagai. Sebagai contoh nikmat rezeki, umur, makanan + minuman dan nyawa juga adalah suatu nikmat pemberianNYA. Dan sememangnya suatu nikmat yang paling besar yang dinikmati dan sering dilupakan adalah nikmat IMAN dan ISLAM.

.

Contoh,

1.Firaun, dikurniakan kepadanya kerajaan dari timur hingga ke barat. Berasa kagum dengan kerajaannya, hingga sampai suatu masa menyuruh rakyat jelatanya menyembahnya dan memanggilnya tuhan. Mendakwa dirinya juga mampu menghidupkan dan mematikan. Dengan kerajaan yang besar menebabkannya takjub dengan diri sendiri. Rasa diri umpama tidak bertuhan dan mendakwa dirinya tuhan. Pengakhirannya, ditenggelamkan Laut Merah

2.Namrud, dengan kesombongannya mahu membakar Nabi Ibrahim. Sombong dengan Tuhan. Maka ALLAH utuskan seeokr nyamuk untuk mematikannya.

3.Qarun, daripada seorang yang miskin berjumpa Nabi dan minta didoakan supaya menjadi kaya. Doa nabi dimakbulkan, dan Qarun menjadi sangat kaya hinggakan dikatakan untuk membawa kunci gudang-gudang hartanya memerlukan 40ekor unta. Namun, apabila sampai perintah untuk menunaikan zakat Qarun engkar. Lupa daratan. Maka akhir riwayat dimatikan bersama-sama dengan harta-hartanya kedalam perut bumi.

* (boleh buat rujukan untuk semua kisah penuh diatas.)

.

Namun, jangan pula dikatakan kalau begitu keadaannya tak mahu pula menjadi kaya, tak mahu berharta..tak mahu..tak mahu...Bukan macam tu caranya.Silap! Kaya mahupun miskin, semuanya adalah ujian dan 'bahagian' masing-masing.

Selagi mana kekayaan itu boleh membawa dekat kepada kebajikan dan keredhaan, gunakan sebaiknya. Dan jika dengan kemiskinan itu membawa hati lebih tenang, mungkin itu yang terbaik. Berkat dengan banyak, cukup dengan sedikit.

Mari kita semua gunakan semua nikmat daripadaNYA dengan sebaik-baiknya. Moga dapat amal dan sampaikan, dan semoga kita semua termasuk dalam hamba-hambaNYA yang bersyukur!

Maka Nikmat apakah lagi yang ingin kau dustakan?!


5 comments:

md nasir said...

Bahaya Istidraj nie sbb biasanya org yang menghidapinya tidak sedar/sukar untuk disedarkan..harap2 kita semua dijauhkan dari ditimpa Istidraj..
nice artikel bro!!
n_n

http://www.stormreaders.net/mNasir

student said...

penyakit hati yang menyerang secara halus tanpa disedari.

*agen stormreader, bwah group mana ni tuan?

degree student said...

mintk kite d jauh kn dr istidraj ni...amin...

student said...

Ameen.Sama-sama berdoa.

degree student said...

=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...