Sep 7, 2010

Kemuliaan Milik Siapa?





















Kemuliaan dan penghormatan yang diperoleh datangnya daripada Allah. Kemuliaan seseorang ataupun hinanya seseorang itu bukanlah kerana kehendak manusia. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Walaupun ramai orang memuji, boleh jadi Allah hendak menghinakan dia sebenarnya. Walaupun ramai orang menghina, ramai orang tidak suka, boleh jadi Allah hendak memuliakan dia sebenarnya. Kadang-kadang apabila Allah murka pada seseorang, Allah berikannya kesenangan di dunia.

Dan kadaang-kadang apabila Allah suka pada seseorang, Allah berikannya kesusahan. Mungkin dengan kesusahannya, dia mengingati Allah. Mungkin juga dengan kesenangannya, dia lalai pula pada Allah. Datangnya manfaat itu adalah ujian. Datangnya mudarat itu juga adalah ujian. Sekiranya datang manfaat, ujian baginya adalah bersyukur. Sekiranya datang mudarat, ujian baginya adalah bersabar. Mulianya seseorang itu bukanlah disebabkan dia pandai berkata-kata ataupun kerana kepandaiannya dalam ilmu. Tetapi, mulianya seseorang itu adalah kerana pandainya Allah menyorokkan aibnya daripada diketahui orang ramai. Siapalah kita ini… sekiranya dibuka aib kita, mungkin tiada siapapun mahu berkawan dengan kita, bukan?

4 comments:

Admin said...

xhdup dek puji,
xmati dek keji.

kte ad pgangan,
biar xmulia d mata orang,
asalkn kte xwt dosa ngn dowg..
huhu~

student said...

banyakkan sabar.
tekan amarah.
selagi boleh telan-telan.
tak mampu nak telan, kemam je lah.

:)

MsJahirah said...

semua manusia adalah mulia di sisi Allah SWT..tetapi itu juga terpulang kepada setiap individu menunjukkan kemuliaan msing2 dlam mengerjakan ibadah harian..Sesugguhnya kita manusia biasa perlu selalu mengingati Allah kerana apa jua keadaan sekali pon kita perlu menyebut nama Allah dan mendekatkan diri kepadaNYA.. untuk medapat keberkatan.. =) TQ

student said...

Terima kasih MissJahirah..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...