Sep 9, 2010

Tangga kewangan




Akhir-akhir ini, saya perhatikan ramai sahabat-sahabat saya mula ghairah untuk membuat simpanan dan pelaburan dalam emas.

Tahniah diucapkan.

Tumpang bangga.

Cuma disini saya ingin berkongsi pendapat.

Tatkala kita sedang ghairah mencari, mengorek, mengumpul ilmu mengenai emas perlulah jua diketahui bahawa pelaburan emas adalah berbentuk jangka sederhana dan jangka panjang.

Jadi, jika niat anda ingin mendapat keuntungan daripadanya minima masa yang diperlukan adalah 1 tahun. Ya. Kerana potensi kenaikan nilai emas adalah dlam lingkungan 20-30% setahun.

.

Untuk memiliki 'kewangan yang sihat', kita perlu faham konsep asas pengurusan kewangan.

Ianya mempunyai tangga-tangga yang perlu dilangkah dengan betul. Jika tersilap langkah, bahana jawabnya.

Apakah tangga-tangga itu?

1.Cara mendapat pendapatan
2.Simpanan
3.Perlindungan
4.Pelaburan

1.Cara mendapat pendapatan
Ianya adalah bergantung kepada individu dan jenis pekerjaan. Boleh jadi, pendapatan ini didapati daripada gaji, mahupun perniagaan. Dan semestinya pastikan ia halal!

2.Simpanan
Selepas mempunyai pendapatan, inilah perkara pertama yang wajib kita lakukan. Ciri-ciri simpanan yang baik adalah mempunyai kecairan yang baik. Maksud kecairan yang baik ialah, ianya mudah dikeluarkan ketika kita memerlukannya. Langit tidak selalu cerah kan?
contoh: ASB, Tabung haji.

3.Perlindungan
Jika kita kehilangan pendapatan, apakah yang boleh membantu. Jika kita kemalangan, adakah kita sudah bersedia dan mempunyai wang yang cukup untuk menanggung perbelanjaan rawatan. Contoh kehilangan pendapatan yang lain adalah seperti dibuang atau diberhentikan pekerjaan. Carilah perlindungan yang sesuai dengan diri kita.
contoh: perlindungan takaful.

4.Pelaburan
Ini adalah tangga tertinggi dalam pengurusan kewangan. Jangan terus melompat ke tingkat ini jika belum mempunyai simpanan dan perlindungan. Kita perlu memastikan, tabung simpanan, perlindungan, dan pelaburan adalah berbeza. Bukan main tangkap muat sahaja.
contoh: pelaburan hartanah, saham, emas fizikal atau akaun.

(pemahaman mengenai tangga kewangan ini saya dapati daripada ceramah pengurusan kewangan Pakdi (penulis buku ini) selain pemerhatian dan bacaan saya yang lain.

Dan sebenarnya, emas fizikal juga boleh dimasukkan ke dalam kategori simpanan kerana ianya mudah 'dicairkan' melalui pajakan. Nanti saya akan ceritakan pengalaman saya memajak emas di Ar-Rahnu UKM baru-baru ini.

*Penting untuk memahami tangga-tangga ini sebagai asa kepada pengurusan kewangan yang betul.
**Sebenarnya, yang menentukan kejayaan seseorang itu menguruskan kewangannya bukanlah pada rumah yang banyak, mahupun simpanan emas yang berkilo. Faktor kejayaannya adalah memiliki ilmu, mentor, dan rakan-rakan yang turut ingin sama-sama berjaya!

Hadis nabi

1.Jika kamu mahukan kejayaan dunia perlulah dengan ilmu, Jika kam mahukan kejayaan akhirat dengan ilmu, dan jika kamu mahukan kejayaan dunia dan akhirat jua perlulah dengan ilmu.


2.Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."


Penting kan mempunyai ilmu? Hak ilmu adalah amal dan sampaikan. Jadi pada sesiapa yang dah tahu, kongsi-kongsilah ye. Sila tinggalkan komen. Sharing is caring..:)

4 comments:

ahsfantasy24 said...

pendapatan, adkh relevan dgn elaun
yew pak syukur?.. (:

student said...

Relevan.

Sebagai seorang pelajar, untuk permulaan kepada asas kewangan yang baik eloklah menulis ke mana perbelanjaan elaun itu dibelanjakan.

Tujuannya, supaya kita dapat melihat ke manakah aliran wang paling banyak dialirkan.

Dan hakikat kebiasaannya menulis perbelanjaan memang susah dan memerlukan disiplin kendiri yang amat tinggi!

:)

Anonymous said...

syukur safuan, ana nak tanya sikit.. adakah satu pelaburan yg bijak jika kita menanam sayur-sayuran atau membela haiwan ternakan...

student said...

anonymus,

Pada pandangan peribadi saya yang masih 'hijau' dalam dunia perniagaan dan pelaburan ni..asalakan ada ilmu yang cukup, dengan teknik dan mentor yang tepat kita buat apa-apa pun pasti mendatangkan pulangan yang baik.

Jadi, jika tuan ada ilmu pertanian dan penternakan yang baik dan cukup insyaALLAH pasti akan berjaya jua.

P/s: antara ciota-cita dan impian saya ialah ingin bersara awal dan membuka ladang ternakan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...