Jan 31, 2011

Krisis Mesir, Apa tindakan kita?!


Terkejut saya sewaktu menonton berita malam tadi tatkala mendengar ulasan daripada Pak Menteri. -Belum ada keperluan untuk bawa pulang pelajar Malaysia di Mesir.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu

Wisma Putra juga telah menubuhkan dua bilik operasi iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.

Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.


Lanjutnya di Bernama

Mungkin tujuan beliau berkata sedemikian bagi menenangkan keadaan. Namun, cuba menyembunyikan keadaan di alam dunia penuh teknologi dengan info semua dihujung jari rasanya bukanlah suatu tidakan yang terbaik.

Dan, ini pastinya akan menimbulkan perasaan tidak puas hati buat ibu bapa kepada pelajar-pelajar disana. Keadaan mereka yang terdesak dan terperangkap disana pasti tambah rumit lagi apabila bekalan elektrik dan internet juga telah dipotong. Rompakan dan pecah rumah, kecurian dan bekalana makanan yang meruncing. Bank juga tidak berfungsi malah perlindungan keselamatan juga terhakis.

Untuk mendapat gambaran semasa tentang situasi di Mesir boleh buka blog krisismesirnasibrakyatkita dan juga di lama facebook selamatkan pelajar dan rakyat malaysia di Mesir.

Buat semua umat ini, marilah kita sama-sama berdoa agar keamanan kembali di Mesir. Bak kata seorang sahabat saya,

Doa dari jauh, Allah dah suratkan dalam lipatan takdir pasti ada hikmah kan?


Doa dan harap tenang, aman selesai dengan cepat!
Untuk melihat foto-foto sekitar disana, boleh lihat lanjut disini dan sini.


P/s: Mesir- Daripada hidup ditindas orang, lebih baik mati dalam perjuangan!

13 comments:

khayla fadwah said...

ya Allah, selamatkan sahabat kami di mesir...

ahsfantasy24 said...

msih diistihar kuning,
bile istihar merah baru org2 kte
dibawa pulang ke Mlaysia..

Azree Ariffin said...

Moga-moga Tuhan melindungi keselamatan saudara-saudara kita di sana. Amin.

student said...

khayla fadwah,
Ameen..makbulkanlah Ya Rabb..T_T

student said...

ahsfantasy24,
semalam dapat contact seorang kawan..katanya mereka dikumpulkan di suatu tempat dan bersiap-siap untuk keluar dari Mesir ke negara bersebelahan menggunakan kapal laut.

P/s: Bila dah merah baru Malaysia mahu bertindak?ohh..T_T

student said...

Azree Ariffin,

Ameen Ya Rabb...mudah-mudahan. kita doakan sentiasa mereka!

cikgu ainura said...

semoga semuanyer selamat... saya pun terputus hubungan dgn sahabat2 dari sana..

Adlan Solis said...

itulah..kesian diorg kat sana.. apa nak buat? hanya doa dan kata2 semangat yang termampu...

sham said...

kerajaan xda duit dah..hbs kt PRK tenang dan akan dtg merlimau...

kerajaan malaysia perlu proaktif..jgn lambat..kesian kt rakyat kt sana 2.

"rakyat didahulukan..."

student said...

cikgu ainura,

ameen..mudah-mudahan..saya pun berharap sedemikian.

student said...

Adlan Solis,

tulah..kasihan..pasti ada hikmahnya.

student said...

sham,

susah la nak cakap pasal hal ni.. belajar sangka baik..huk

mmohamedhazim said...

besa la,kerajaan malaysia thoghut. kalau gempa bumi kat christchruch tu cepat2 je bawak balik.maklumlah student mesir balik ramai jadi pembangkang&anak menteri mana ada mengaji kat sana.....peace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...