Dunia ni pinjaman sahaja. Suatu hari yang pasti, kita semua akan kembali
-
Dalam hal ini, saya mengatakan bahawa segala nikmat yang diberikan kepada kita contohnya cinta dan kasih sayang ia adalah sebentuk rezeki yang datang atas keizinan Allah.
Di waktu malam, kita bermimpi tentang sebuah kehidupan yang abadi. Betapa kita merasakan dengan adanya cinta, maka segalanya pasti akan berakhir dengan igauan yang indah. Tetapi, apalah yang kita mampu kan? Setiap saat yang indah itu sementara. Selagi kita hidup di atas muka bumi yang fana ni, tidak ada jaminan apa-apa kebahagiaan yang dikecapi itu pasti akan kekal.
Cinta boleh buat kita buta. Buta tentang dunia, buta tentang hakikat hidup - betapa setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Tak kira lambat atau cepat, manis atau pahit, senang atau susah, hidup atau mati. Mati itu pasti, hidup insyaAllah. Sudahkah kita bersedia dengan kehilangan ini?
Bila kita lena dalam cinta, kita menafikan banyak perkara. Menafikan kemungkinan perpisahan, kemungkinan diri menjadi semakin terseksa. Dan manusia akan terus bersifat. Sentiasa lupa dan terleka. Rezeki di depan mata, diabaikan sampai satu hari bila ia hilang buat selama-lama merana seluruh jiwa.
Dan pintu kasih sayang itu bukan selama-lamanya terbuka. Kuncinya boleh patah dan hilang pada bila-bila masa.
Sebelum kita hilang orang yang amat kita sayang, sudahkah kita buat yang semampu daya untuk membahagiakan hidup mereka?
P/s: Kasih sayang juga suatu rezeki kerana ia datang daripada Allah dan dengan kebenarannya sahaja, kita dapat beroleh nikmat dan keberkatan!
Sangat senang dengan ini. Diambil daripada Azree Ariffin.
No comments:
Post a Comment