Dec 16, 2010

Usha AHB

Baru balik dari Bank Harimau. Urusan yang dah lama tertangguh disebabkan sibuk (poyo! buat-buat sibuk jew sebenarnya!), hujan, dan bermacam urusan lain yang menjadi halangan untuk saya pergi ke sana.



Niat dihati, mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Amanah Hartanah Berhad (AHB) yang dilancarkan oleh Pak Menteri pada awal bulan ni.

Masuk sahaja ke dalam Maybank, dibawa berjumpa dengan seorang Pegawai. Disambut dengan senyuman mesra. Beliau menerangkan kepada saya secara asas perbezaan ASB dan AHB. Saya mendengar dan cuba meneliti setiap butiran yang diperkatakan.

Secara ringkasnya, dikatakan konsep AHB dan ASB lebih kurang sama namun masih ada perbezaan antara keduanya (harga jualan dan belian pada nilai RM1) dan perbezaan yang paling besar adalah AHB berkaitan Property manakala ASB berkaitan Equity. Minima untuk belian seunit ASB adalah RM1, bagi AHB pula adalah RM500. Dividen ASB adalah setahun sekali, manakala bagi AHB pula 2 kali setahun.. Dan ada lagi beberapa perbezaan yang saya tak berapa arif dan faham untuk dikongsikan kepada anda.. Tambahan pula, saya tidak mendapat salinan (hardcopy) perbezaan antara ASB dan AHB (diambil semula setelah diterangkan kepada saya..huu..)

Namun, apapun... pastinya perkara yang paling menenangkan saya ialah beliau mengatakan bahawa AHB ini adalah patuh syariah sepenuhnya.

Selesai sesi soal jawab mengenai AHB daripada saya, diberikan ini;
  1. CD Prospektus AHB
  2. Nota ringkas AHB (maklumat dana)
Hari ni baru usha-usha.. Mahu fahamkan dulu apa itu AHB..Tak faham nak tanya lagi sampai faham..Kalau rasa berkenan, minggu depan mahu buat belian minima untuk dana ini. Kenapa saya bersusah payah untuk buat semua ni? Sebab selalu teringat nasihat daripada Pakdi. Pakdi kata.. Rancanglah Wang dari Sekarang.. jangan biarkan ia ditelan inflasi!



P/s: Merancang dari bujang. Dah ada pasangan rancanglah dengan pasangan. Enggang terbang sama enggang, Pipit terbang sama pipit, pasangan jangan ditinggalkan dibelakang.


Tingkatkan Trafik Blog Dengan Sistem Autopost Entry Terbaru Di Malaysia Blogger United !

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia ! Oyeah~ Korang sihat? Mestilah sihat kan. Pengumuman ini khas ditujukan kepada Semua Blogger2 yang berminat supaya blognya di 'RSS' kan di Fanpage Malaysia Blogger United. Dalam erti kata lain, selepas korang siap menerbitkan (publish) entry di blog korang, automatic entry tersebut akan di post/ping kan di Fanpage ini. Yeah! Kini anda boleh melakukannya secara percuma ! Korang hanya perlu meletakkan banner yang telah disediakan ke dalam blog korang dan yang penting backlink ke Fanpage Malaysia Blogger United.

Kode Yang Perlu Diletakkan



Hanya letakkan kod ini (klik pada link untuk dapatkan kod) dan informkan kepada Admin Fanpage tersebut melalui komen pada nota "Nak tak blog korang di RSS kan (auto post/ping) di Fanpage Malaysia Blogger United?" bahawa korang sudah letakkan banner tersebut. Admin Malaysia Blogger United tersebut akan memasukkan RSS blog korang ke RSS Fanpage supaya entry korang akan automatik dipost/ping ke Malaysia Blogger United . Ini adalah salah satu langkah yang dilakukan untuk menolong korang semua dalam menaikkan trafik pada blog korang. huh ! Cubelah, Saya pun dah try. Memang Puas Hatilah !
MySpaceMySpaceMySpace

Kalau korang rajin dan sangat baik hati plus pemurah dan penyayang, bolehlah korang sebarkan tentang pemberitahuan ini kepada Blogger yang lain, contohnye buat entry ke (yang ni terbaek), bagitahu melalui chatting ke, ataupun hanya share nota ini ke profile anda. Segala kerjasama korang amat dihargai. Terima Kasih (^_^)



p/s : Help Us To Grow ! Suggest blogger lain untuk LIKE fanpage Malaysia Blogger United ni... Kite sama2 upkan trafik blog dengan Sistem Autopost Entry Terbaru. Lagi ramai join, Lagi tinggi trafik korang dapat. Hehee~ Majulah Blog untuk Negara ! ^^,

p/s/s : Jap2 ! Saya nak promote saya punyer Fanpage juga. Cetusan-Student ! Hohohoo..~



Dec 15, 2010

Ketibaan yang dinanti..

Esok kita akan 'bertemu' dengan 10 Muharam iaitu Hari Asyura. Sekejap je masa berlalu kan? Rasa macam baru semalam je kita meraikan kedatangan tahun baru hijrah kan?.. tup-tup dah 10 Muharam pun.. Buat makluman semua (termasuk diri saya sendiri terutamanya) bulan Muharam merupakan bulan yang paling banyak bilangan hari Nabi berpuasa selepas Ramadhan. Dengan kata lain, kita disunatkan untuk memperbanyakkan berpuasa di bulan ni.. So, jom puasa esok yuk sempena 10 Muharam!

Disini saya sampaikan sekali persoalan-persoalan biasa tentang 10 Muharam @ Hari Asyura siap dengan jawapan sekali. Moga datangkan manfaat buat semua.

1. Bilakah 'Asyura'?

Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram.Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.

2. Bila Sunnah Puasa?

Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?

Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?

Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?

Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?

Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?

Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*

* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?

Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?

Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?

Ada. Sila klik sini.

Do'a dibaca pada hari 'Asyura'

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."

Wallahu A'lamn para ulamak.

12. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."

Wallahu A'lam

Sumber asal: Iluvislam


P/s: Berpesan-pesanlah kearah kebenaran dengan penuh kesabaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...