Pernah berdendam? Ataupun sedang didendami?
Usahlah. Banyak keburukan daripada kebaikan jika berdendam.
Bunuhlah dendam yang bersarang dalam jiwa dengan langkah-langkah berikut:
- Sucikan hati dengan solat taubat dan istighfar.
- Maafkan semua orang sebelum tidur.
- Lupakan segala duka atau kisah silam yang menyebabkan dendam marak.
- Bersahabat dengan orang soleh. Elakkan bersahabat dengan batu api yang akan menyemarakkan sengketa sesama insan.
- Ingat bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada berbuat silap.
- Percayalah jika kita tidak dianiaya dan tidak mendapat pembelaan di dunia, insyaAllah pembalasan Allah di akhirat sana yang lebih adil tanpa perlu berdendam kepada sesiapa.
Rujukan: Majalah Solusi isu 26
Ingatan buat diri sendiri.
(ada masalah, senyum dan matang!)
P/s: Saya mohon ampun maaf atas segala salah silap saya. Dengan rendah hati, daripada saya buat semua. Mohon maafkan ye? Moga kita sentiasa dalam rahmatNYA.
8 comments:
mamasue tak suke simpan dendam...buat sesak nafas je rasa....
mamasue,
bermaafan dan berdamai lebih baik kan? nafas tak sesak..rasa lebih tenang..:)
tak baik dendem2 nih. makan diri plak nnti. heee... :)
persilisahan perlu sentiasa diperbetulkan..huu
Thanks atas komen..:)
bahaya dendam dendam ni, nnt apa2hal sdr kena balik.saling bermaaf maafan adelah yg terbaik :)
hey, thanks for the info. bergune tuh.
Lady SharpShouter,
tiada manusia sempurna, salah faham gaduh-gaduh biasa lah untuk lebih memahami..:)
Doraemon Lurve,
U are most welcome, semoga memberi manfaat buat semua..:)
Post a Comment