Dec 13, 2010

Apa ada dengan Maghribi?

Setelah heboh seketika tentang 'peluang' untuk mengahwini Gadis Maghribi, pasti ramai lelaki-lelaki yang sedang mencari jalan untuk merebut peluang itu.. Buktinya, entry saya mengenai Nikah Gadis Maghribi menjadi antara entry yang paling banyak dibaca pada minggu ini..hee~

Alang-alang sudah bercerita tentang gadis Maghribi... Marilah kita lihat secara ringkas tentang negara Maghribi.. Jujurnya sebelum ni saya memang tidak mengetahui secara detail tentang Maghribi.. Yang saya tahu hanyalah Maghribi ni adalah tanah tumpah kelahiran pelayar hebat Ibn Batuta dan jua merupakan negara bagi pemain kesayangan saya Maroune Chamakh bermain!(saya peminat pasukan bola sepak Arsenal) ^_^


Okey..
Setelah membuat sedikit pembacaan dan kajian (kedengaran cambest je kan?) Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat...

Maghribi, sebuah negara yang mengamalkan raja berpelembagaan, merupakan negara Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan Afrika. Bagaimanapun, Maghribi adalah ahli Liga Arab, Kesatuan Maghrib Arab, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonie serta sebuah sekutu bukan NATO Amerika Syarikat yang utama.

Maghribi bermaksud barat, asal daripada perkataan Bahasa Arab ghariba (sila betulkan saya jika salah). Manakala nama Moroccon pula daripada nama Marrakech, iaitu ibu kota Maghribi yang dahulu.

Apa kelebihan Maghribi nii..?
  • Negara ini mempunyai 4 musim yang pastinya menyegarkan!
  • Pendidikan di Maghribi adalah percuma bermula daripada sekolah rendah sehingga PHD.. bahkan wujud jua biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di Universiti mereka..bukan sahaj untuk rakyat tempatan, malah warga asing pun! Mengagumkan?
  • Mempunyai hasil pertanian yang banyak.-satu-satunya Negara tumbuh Pokok Argonowe.
  • Rakyat mereka memang menghormati dan memandang tinggi 'orang luar'.
  • Memang wujud galakan kaum wanita mereka untuk berkahwin dengan warga luar. Mungkin demi mempertautkan hubungan dengan orang asing yang dijangka lebih mampu memberikan masa depan lebih cerah buat warga muslimah mereka.
Mungkin cukup dulu buat masa ni duluu.... Ada kesempatan lain saya akan tambah lagi..

P/s: Walau dikatakan Maghribi mempunyai wanita yang 'masih suci' namun hakikatnya Negara tersebut tetap mempunyai sisi gelapnya.. Jangan terkejut jika anda pergi ke lapangan terbang mereka dan melihat lelaki dan permpuan saling berlaga pipi..woha!

P/s/s: Kebanyakan info ini dipetik daripada Wikipedia dan pengalaman Ustaz Zaharuddin sepanjang di Maghribi.

6 comments:

Admin said...

time bhagia sumeny mnyamankan,
time gaduh ape bsing xmuat paper..

bile da bcerai berai, mula la nak kayuh
sampan wat lari anak balik malaysia.

suci ke x tu lpas kwen bru tahu kn,
untg sbut tmbul, untung batu?

fikir2kn brsama ^^,

Lady SharpShouter said...

salam singgah tuan rumah,

urm, sbnrnya tak kisahla dtg dr mana pun kita, asalkan bergelar manusia, mesti ada sisi gelap dan sisi terang.. memilih pasangan bkn mcm memilih ikan, biar dtg dr jauh atau dr dekat, asal betul didikannya, insyallah kekal sepanjang hayat... :)

Anonymous said...

Best ke kat maghribi? hehe. ape ek tempat2 speacial kat situ? nak jugak taw nih. ^_^

Tentang gadis maghribi tu, hmm..gadis melayu jugak jadi pujaan hati last2 kan. ^_^

student said...

Ryu,

Yang baik jadikan tauladan,
Yang buruk jadikan sempadan,
Matlamat hanya ingin mengutip kebaikan.

P/s: wah3.. kelihatan emosi disitu.. ^_^

student said...

Lady,

betul-betul.. sebenarnya tak kisah pun daripada mana asalkan ianya manusia la kan?

P/s: asalkan yang dinikahi itu daripada yang baik-baik insyaALLAH mudah segala.

student said...

Zara,

belum berkesempatan untuk melihat sendiri..:)

ada rezeki mau pergi jua..

P/s: pergi dengan isteri kalau ada rezeki untuk berjalan-jalan melihat tempat orang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...