Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga maka bersedekahlah dengan tenaganya. Sesungguhnya sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan”.
Pahala sedekah terbahagi kepada 4 bahagian:
-Pertama, sedekah yang mendapat pahala sepuluh.
-Kedua, sedekah yang berpahala sampai tujuh puluh.
-Ketiga, sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus.
-Keempat, sedekah yang memperolehi pahala tujuh ribu.
-Sedekah pertama yang mendapat sepuluh pahala ialah pemberian makan kepada fakir miskin.
-Sedekah kedua yang mendapatkan pahala sampai tujuh puluh adalah sedekah yang diberikan kepada keluarga terdekat.
-Sedekah yang ketiga pula mendapat pahala tujuh ratus ialah sedekah yang diberikan kepada kawan2 dan sahabat.
-Sedekah yang keempat sampai mendapat pahala tujuh ribu ialah sedekah kepada orang yang mencari ilmu.
No comments:
Post a Comment