Dalam ak dok browsing kat lelaman internet nih... ak dok terjumpe ngn 1 artikel yg cukup best utk dikongsi tuk sumer...Mai kite baca same2..adakah kita memerlukan wanita disisi kita untuk berjaya? kredit tuk Sifu-lan
Di dalam kesibukan kita mengejar kemewahan dan kesenangan, apabila ia telah dikecapi kita sering lupa tentang banyak perkara. Mungkin anda bersyukur kepada ALLAH S.W.T dengan apa yang kita perolehi tetapi sering melupakan mereka yang banyak menaburkan jasa secara diam. Pernahkah anda mendengar pepatah ini..
“Seseorang yang berjaya dalam hidup, pasti dibelakangnya ada seorang wanita..”
Wanita yang dimaksudkan tidak semestinya isteri, ia mungkin kekasih, ibu, mahupun nenek kita. Tapi yang jelasnya bagi saya. Isteri memainkan peranan paling penting dalam memastikan kejayaan seseorang. Isteri saya sebagai contoh, tetap membantu saya walaupun tidak mahir dalam bidang yang saya ceburi.
LUMRAH WANITA (sedikit luahan perasaan)
Saya rasa, bagi mereka yang sudah berkahwin dan menceburkan diri sepenuh masa dalam keusahawanan internet seperti saya, pasti merasakan perkara ini. Walaupun kita sentiasa berada di sisi isteri kita, tapi mereka tetap merasakan yang kita tidak pedulikan mereka. Kata2 ini sering keluar “Asyik mengadap komputer je, sama je ada dengan takde.” hehe. Saya tahu tidak semua orang sama, tetapi kata2 ini sering diajukan oleh isteri saya apabila saya asyik dengan laptop dan kerja saya. Sebenarnya, apa yang dikatakan itu adalah benar.. Memang benar, menjadi usahawan internet banyak memberi kita kebebasan masa dan wang, tetapi minda kita sentiasa pada perkara yang kita buat di Internet. Bak kata orang tu, kalau tak bukak komputer tak senang duduk.. betul kan? hehe. Saya tetap fokus dengan kerja saya dan tidak mempedulikan kata2 isteri saya.
Dah memang lumrah wanita adalah antara golongan yang sentiasa tidak puas hati dengan apa yang ada.. Kita kena redha.. Sedangkan wajah sendiri pun di solek untuk kelihatan lebih cantik dari wajah yang asal.. Jadi terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk menjaga hati isteri. Macam saya, belikan sebuah laptop untuk isteri saya agar boleh sama2 online side by side di rumah.. Hehe. Sejak dari tu, saya mula memberikan sedikit kerja untuk dilakukan oleh isteri saya. Dia melakukan double check bagi setiap transaksi yang melibatkan kewangan bagi memastikan akaun keluar masuk saya tepat dan tiada kesilapan berlaku.
ALLAH S.W.T BUKA HATI SAYA
Setelah beberapa bulan membantu saya, isteri saya mula mahir dengan selok belok perniagaan yang saya jalankan. Saya berani mengatakan hampir 80% prestasi perniagaan saya meningkat hasil dari pemantauan bijak dari Isteri saya. Isteri saya mula ada aktiviti untuk dibuat dan tidak mengganggu dan merungut jika saya asyik dengan kerja saya dirumah lagi. Mungkin dia telah faham.
Ada satu hari tu, saya berasa amat letih. memang niat di hati saya ingin berehat sahaja dan takmo bukak komputer langsung hari tu. Saya ingat nak spend quality time dengan Isteri saya. Tetapi, dia sibuk menguruskan kerja saya. Saya hanya duduk di sofa menonton TV, dan isteri saya sibuk di hadapan laptop. Saya agak bengang dan rasa marah waktu tu. Perasaan yang amat menjengkelkan dan rasa seperti tidak dipedulikan. Pada ketika tu tiba2 saya sedar, barulah saya nampak dan rasa sendiri, apakah perasaan Isteri saya ketika saya sibuk membuat kerja dan isteri saya ingin berbual dan berehat bersama saya.. Barulah saya sedar selama ini pengorbanan isteri saya yang sentiasa bersabar walaupun saya tidak mempedulikannya ketika sibuk bekerja. Sedangkan saya adalah seorang lelaki bergelar suami, inikan pula isteri yang lemah dan perlu sentiasa di sisi suaminya.
Kesimpulannya, samaada kita sedar atau tidak, Isteri kita sentiasa menyokong kita dari belakang. Sokongan sebenar adalah dari hati dan tidak semestinya dengan bantuan fizikal. Saya benar2 menghargai pengorbanan yang diberikan oleh Isteri saya. Saya percaya masing2 mempunyai pengalaman tersendiri tentang perkara ini. Jangan lupa, pepatah di atas tadi ada sambungannya..
Antara 3 faktor kegagalan seorang lelaki, faktor kegagalan pertama bukanlah disebabkan wang, dan bukan kuasa. Tetapi faktor pertama yang boleh menggagalkan hidup seorang lelaki segagah mana sekalipun adalah wanita.
Oleh itu kita kena sentiasa bijak dalam kehidupan kita. Kita yang pilih untuk berjaya disebabkan wanita, atau gagal disebabkan wanita. Bagi yang belum berkahwin sebenarnya memilih untuk berkeluarga bukanlah beban, tetapi ia merupakan komitmen penggerak kejayaan kita di dunia dan di akhirat.
------------
selepas berkali-kali ak baca, fahami, dan hayati ape yg Sifu-lan maksudkan..ada benar sume nih..dalam umur sekarang ni, ak dah mula menceburkan diri dlam bidang perniagaan (trading n networking).. kdg2, ak buntu utk dpatkan nsht..biasanya ak mntk nshat parent ak jer..isteri? ermm...dlam perancangan..insyaALLAH..:D i'm still 20 lar..hehee...dlam hati tu teringin gak..susah nak tekan nafsu coz ak slalu jmpe mcm2 jnis org dan mcm2 bleh berlaku yg xbleh dijangka..YA ALLAH..berikanlah ak kekuatan iman..dan kekalkanlah daku dlam usaha atas iman..ameen..
1 comment:
lelaki memerlukan wanita n wanita juga memerlukan lelaki utk hidup.. lumrah kehidupan mmg begitu..saling memerlukan..Bg lelaki & wanita : "mereka perlu mengaku dengan ikhlas dan jujur bahawa mereka saling memerlukan dalam hidup ini. Berjayanya lelaki di belakangnya ada wanita. Begitu juga di sebalik kejayaan wanita, ada lelaki yg menyokongnya....maka kedua-duanya perlulah mengenali,memahami,& menghargai antara satu sama lain".
Demi mencapai kehidupan yg bahagia dan penuh kerahmatan...=)
Post a Comment