Jan 1, 2011

Entri pengubat rindu!

Alhamdulillah, petang tadi saya sudah selamat sampai di Bangi..
Mulakan perjalanan dari Johor jam 11pagi tadi.. berhenti solat Jumaat di Air Keroh Melaka pada jam 1.30 tengahari..melanjutkan perjalanan hingga selamat sampai dalam jam 3.45 petang tadi..
Agak lama tidak rider jauh, terasa sengal-sengal jua badan ni..

Cuti semester sudah hampir ke penghujunganya..
Isnin depan kuliah sudah bermula..berdebar rasa.. tanpa alasan, mental fizikal perlu disiapkan dan disiagakan dengan segera..Tambahan pula pada semester ini saya akan berpraktikum selama 3 bulan di Sk Sri Serdang..Oh takutnya!

Uh..Maaf hampir seminggu blog ni off..Tanpa entri baru..
Ada 'sesuatu' berlaku yang membuatkan saya menghilangka
n diri seketika daripada dunia online.. Rasa down..sangat-sangat down. Serius!
Namun, saya sedar..sebagai manusia hakikinya kita memang tak boleh lari daripada perasaan ini..Orang selalu mencari jalan untuk 'tidak menyentuh langsung kelemahan'..Dan saya tetap sedar bahawa manusia itu memang penuh dengan kealpaan..tiada yang sempurna..

Jadi, apa yang saya lakukan?
Mengasingkan diri, berfikir dan muhasabah diri untuk kesilapan atas kealpaan diri..
Tulah orang kata.. bila marah, macam-macam boleh jadi kan?
Tapi, walau apa pun..ambil yang jernih buang yang keruh la kan? Setiap yang berlaku ada hikmah untuk kita jadikan pengajaran menghadapi hari seterusnya..
Marah tak bermakna benci..boleh jadi ia tanda sayang dan cinta sepenuh hati kan?

Entri buat pengubat rindu jemari yang sudah lama tidak menari disini.


P/s: Selamat tahun baru 2010 buat semua. Dan teristimewa buat kamu.
P/s: Dah mula pasang azam baru ke? Apa azam baru kalian? ^^,






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...