Jan 1, 2011

Ranking pasukan bola sepak Malaysia


Mengikut FIFA, ranking bola sepak bagi pasukan Malaysia terbaru adalah nombor 144 pada bulan Disember iaitu naik 6 anak tangga. Bagaimanapun, ranking ini adalah sehingga 15 Disember 2010 dan ianya tidak mengambil kira Malaysia menjadi pemenang Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini. Next update ialah dalam pertengahan bulan Januari 2011.

Lain-lain negara adalah:
  • Indonesia (127)

  • Vietnam (137)

  • Singapura (140)

  • Hong Kong (146)
Nota: Rekod terbaik Malaysia adalah pada Ogos 1993 (75) dan terburuk pada April 2008 (170). Rasanya kalau Malaysia terus perform, tak mustahil dapat below 100.

Bagi top ranking dalam dunia adalah:
  1. Sepanyol
  2. Belanda
  3. Jerman
  4. Brazil
  5. Argentina
  6. England
  7. Uruguay
  8. Portugal
  9. Egypt
  10. Crotia
Saya melihat jika prestasi pasukan bola sepak negara kita terus konsisten, tidak mustahil bagi pasukan Malaysia untuk berada di kelompok 100 pasukan terbaik dunia. Terima kasih buat K. Rajagopal, terima kasih buat Khairul Fahmi Che Mat, terima kasih buat Safee Sali. Terima kasih semua!

P/s: Masih berasa gembira dengan kemenangan skuad kita merangkul Piala AFF tempoh hari!^_^

1 comment:

Anonymous said...

Thanks for an idea, you sparked at thought from a angle I hadn’t given thoguht to yet. Now lets see if I can do something with it.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...