Aku dan Kamu
aku adalah aku,
sebagaimana kamu adalah kamu,
hairan apabila kamu memarahiku saat aku mempertahankan diri,
tetapi aku adalah yang tidak punya hati perut apabila mempersoalkan hujahmu.
aku adalah aku,
sebagaimana kamu adalah kamu,
pelik apabila kamu sering mengungkit dosa-dosaku yang telah pergi,
tetapi aku adalah melampau apabila tidak melihat kebaikanmu hari ini
aku adalah aku,
sebagaimana kamu adalah kamu,
ajaib apabila kamu sering mengumpatku di belakang,
tetapi aku adalah penjahat apabila menegurmu terang-terang
aku adalah aku,
sebagaimana kamu adalah kamu,
janggal apabila kamu memanggilku tidak beradab mulia,
tetapi aku adalah si ‘nak tunjuk baik’ apabila menghulurkan perdamaian antara kita
aku adalah aku,
sebagaimana kamu adalah kamu,
tidakkah sepatutnya kamu menyelamiku,
sebagaimana aku perlu menyelamimu?
P/s: Kata saling melengkapi?
9 comments:
Itu lah realiti kehidupan...
Apa yg ada jarang d syukuri...
Apa yg tiada sering d risaukan...
biasa lh perkataan saling melengkapi time dia memerlukan kite...
btol lah pe yg dia kate tu...
haha
Aku adalah Saya...
Ibu di penjara kerana main Facebook
Anonymus,
Yup....hakikat manusia..:)
miecyber,
ana,i,saya,me... :)
SaBaR Je La YoB....
Be ePy...3
sapalah pulak yg buta mata kecewakn member aq ni..
MisZ-Yan 2808,
i'm always hepy rite?:)
Anonymus,
mana de sesapa kecewa..ni kan proses kehidupan je pun..hee..:)
Post a Comment