Jun 18, 2010

Ada apa dengan demonstrasi?

Melaungkan kegusaran.
Meneriakkan bantahan, demonstrasi.
Mereka memang kejam. Ya, sangat kejam!


Saya masih macam dulu.

Menyenangi dan tidak membantah untuk kita semua terus
berdemonstrasi menyuarakan kebencian kepada tindakan YAHUDI LAKNATULLAH.

Namun, ada sesuatu yang daripada dulu saya berasa sedih.
Sedih tak sudah. Dan perkara ini pernah saya suarakan ketika Naqib Usrah saya bertanya pendapat ahlinya mengenai kesan 'demonstrasi jalanan'.

Saya dan pendapat saya biasanya agak pelik.
Bukan saya yang berkata demikian. Rakan-rakan yang menyatakannya.

Apakah itu?

sedih kerana..
Kita sanggup bermandi peluh, mengangkat sepanduk, melaungkan kelantangan.
Namun masih tidak mampu untuk menjaga 'amalam-amalan ifradi'
dan fardu ain bagi seorang Muslim.

Seharian sanggup untuk berpenat berjalan dan berdemonstrasi,
namun masih tidak punya kekuatan untuk menjaga 'solat lima waktu secara berjemaah'
(lebih ingatan buat diri sendiri).

Jadi, bagaimana?
Dakwah ifradi, khususi, ijtima'i, dan umumi perlu semua jaga.

Mungkin ini boleh membantu banyak maksud saya.
InsyaALLAH 'nusrah' daripada Ilahi ada untuk umat ini. Pasti. Amin.

5 comments:

sebiru hari ini said...

xske demonstrasi...

student said...

demonstrasi berjalan melihat dan memerhati perasaan manusia..:)

sebiru hari ini said...

demonstrasi sy x ske...demokrasi sy ske...=)

student said...

demokrasi dan syura sama ke?

sebiru hari ini said...

pd pendapat sy x same...=)
tpi ader persamaan...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...