Jun 18, 2010

Menyimpan 1

Simpanan.
Apakah cara anda menyimpan? Dimana? Bagaimana?

Ahmad, ni duit belanja sekolah. Mak bagi RM2. Nanti ada lebih jangan lupa simpan ye.


Saya daripada kecil diajar begitu dan saya percaya sebahagian besar daripada kita pun diajar begitu. Betul?

Agak-agaknya, jika skrip diatas ditukar kepada begini lebih sesuai kan?

Ahmad, nah mak bagi kamu RM2 belanja sekolah. Simpan dulu dalam tabung 20sen, selebihnya buat lah belanja kamu.


Mana yang lebih baik?

Agak-agaknya jika daripada kecil kita semua dididik sebegini, rasa-rasanya tabiat dan habit menyimpan dan menabung tu berjaya tak dikalangan kita.

Jawapan pada kita semua.

*sedang pening kadang-kadang menguruskan kewangan. 2 tahun lagi akan ke alam pekerjaan, rasanya boleh menyimpan tak kelak?

3 comments:

degree student said...

boleh je jika pndai menguruskn nyer...=)

student said...

apakah maksud menguruskannya ye?:)

degree student said...

mengurusknnye yer...mksudnye mengaturkn nyer...hihi...
kite msti tntu kn halatuju duit tu...xlpe jgk utk kecemasan...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...