Jun 21, 2010

Ada apa dengan peperiksaan.

Melihat kepada murid-murid sekolah hari ini.
Buat saya teringat zaman-zaman persekolahan dulu.
Tambahan pula, sebagai seorang bakal guru yang akan mengajar sekolah rendah persediaan rapi mental dan fizikal perlu disiap sediakan.

Pengalaman PBS dan praktikum ke sekolah rendah sebelum ini membuat saya agak terkejut dan teruja.

Sememangnya murid-murid sekarang berbeza dengan saat persekolahan saya dahulu.

Berbeza daripada banyak segi namun ada 1 segi sahaja yang saya nampak tiada beza sewaktu zaman persekolah saya dan zaman ini.

Inilah dia maksud saya;
Ramai Setuju Peperiksaan UPSR Dan PMR Dihapuskan
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Beberapa pihak berkaitan bersetuju dengan cadangan Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mengelakkan sistem pendidikan negara daripada terus berorientasikan peperiksaan.

Masing-masing juga berpendapat pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu akan membolehkan pelajar menumpukan kepada peperiksaan yang lebih penting dalam menentukan hala tuju mereka.

bacaan lanjut di Bernama

Sistem pembelajaran berasaskan peperiksaan.

Teringat dulu bermula dari masuk sekolah hingga saat sekarang ni dipenuhi dengan peperiksaan.

Seronok sungguh kan?

*baca link yang daripada Bernama untuk lebih jelas.

4 comments:

degree student said...

salam...
sy rase x ptt d hapuskn...

student said...

waalaikumussalam.
jika mahu dihapuskan pun, gantikan dengan sistem yang lebih baik.

Dalam menentukan sistem yang ingin digunakan, lebih baik meramalkan dan mengetahui apakah hasil sebenar yang diinginkan. Selepas jelas dengan itu, barulah sistem yang sesuai dilaksanakan.

Hanya pandangan peribadi.

*Maaf, boleh saya tahu siapa ye degree student ni.

degree student said...

yup...sy suke dgn pandangan peribadi awk tu...
sy seorang pelajar yg sedang menuntut dlm kursus ijazah...=)

hairulamran said...

Memang bagus peperiksaan ni. Tapi yang tak jadi bagus bila culture sekarang menjadi exam oriented. Semua belumba2 mengejar A sehingga terlupa apa sebenarnya tujuan pendidikan. Padahal dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan pun tak ada disebutkan semua pelajar mesti dapat A. Cuba tengok balik apa yg terkandung dalam FPK. Dengan pemansuhan UPSR & PMR mngkin boleh adjust balik matlamat pendidikan yang dah terpesong nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...