May 15, 2010

Aku dan emas

Baru pulang daripada Sesi Perkongsian Seminar Emas di HQ Public Gold di Sunway. Seminar kali ini disampaikan oleh Pokya iaitu salah seorang MasterAgen PublicGold.




.

.

Best.Seronok.Unik.Hebat.


Secara jujurnya, aku masih kehilangan motivasi dalaman.
Kehilangan motivasi diri. Semangat yang dulu sentiasa membara semasa aku buat MyMode, OneDropPerfume, Prepaid, CBC, dan pelbagai lagi perniagaan Trading mahupun Networking yang pernah aku buat.Inikah namanya burn out?

Kejatuhan yang lalu, belum aku dapat untuk bangkit sepenuhnya untuk berdiri dan kembali berlari.

Bertemu dengan 'orang-orang hebat' semoga aku dapat merasa dan 'menyedut' semangat-semangat semoga menjadi membara kembali.

.

.

Ok, berbalik kepada kisah emas tadi.
Bagaimana aku mula jatuh minat pada emas?
Seingat-ingat aku, dah lama aku mendengar tentang emas sebagai penyimpan nilai. Tapi, masih belum lagi jumpa tempat sesuai untuk dirujuk. Belajar sendiri dan membaca sendiri sahaja.
Hinggalah aku berjumpa sifu Pokli. Mula-mula kenal di alam maya je, kemudian mungkin atas dasar kepercayaan aku dijemput beraya ke rumahnya, beraya dan aku membeli dinar pertama.

Pokli ni, orangnya friendly. Suka berkongsi pengalaman. Sama macam aku, addicted dengan tulisan Robert Kiyosaki khususnya buku Rich Dad Poor Dad. Bezanya, ilmu aku hanya atas buku, dalam dada. Masih belum jumpa peluang dan ruang untuk diamalkan. Sengaja mengimbau perkenalan setahun yang lalu.

Sekarang, insyaALLAH aku mula memahami tentang konsep asas tentang emas ini. asasnya perlu difahami, emas adalah penyimpan nilai. Ia bukan pelaburan dan janganlah ada lagi yang terpengaruh dengan skim-skim pelaburan emas yang meragukan dan merugikan!

Lagi setahun setengah sebelum melangkah ke alam pekerjaan, kini mencedok ilmu sebanyak-banyak. Apabila fund ada sudah tahu ingin merancang dan mengurus dengan betul. Apabila 'turun' ke padang biarlah cukup kelengkapannya. InsyaALLAH:)




Pokli berkongsi tentang emas dan hartanah


menimbang emas

*maaf gambar kurang cantik, megapixel kecil, jadi apabila tarik besarkan gambar jadi pecah..gambar yang cantik sudah upload di facebook.

6 comments:

denaihati said...

Alhamdulillah aku buat duit hari-hari dari trade emas ni...

honeyz said...

Semoga Anda bersemangat balik dalam meneruskan kehidupan. X sangka ye nasib kita serupa. Kegagalan dalam busines2 yang dinyatakan diatas.

student said...

denaihati:
alhamdulillah bro,Tahniah.Aku sekarang ada gak la menyimpan sikit2, ada duit lebih sikit je pejam mata terus beli emas.hehe..

honeyz:
Aku tak pernah salahkan semua yang berlaku ni, insyaALLAH.
Aku rasa lebih cepat dewasa dan dapat mengenal kawan dan lawan dalam susah dan senang...:)

sebiru hari ini said...

pepon jgn lupe zakat.....=)

student said...

Terima kasih atas ingatan.
insyaALLAH apabila sampai 'haul' akan ditunaikan kewajipan itu.

Tidak dinafikan ramai orang takut membicarakan tentang emas ni dan selalu 'takut' tentang zakatnya.

Hakikatnya, zakat adalah penyubur harta.Subhanallah!

sebiru hari ini said...

yup..
zakat = suci,kesucian,menyucikan..=)
disimpulkan bahawa memberi zakat ialah memberi sesuatu yang akan menyucikan orang yang memberi..
wallahualam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...