Jan 30, 2010

10 Tabiat yang menyebabkan kerosakan otak

Sewaktu aku sedang 'bersiar-siar' di laman sesawan(blogwalking), aku terbaca tentang perkara-perkara yang boleh merosakkan otak.. Uish! Rasa ngeri gak mendengarnya kan? Jadi, kat sini aku kongsikan semula dengan korang semua, moga kita semua dapat banyak manfaat.



1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan dan keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

*diambil dari sini.
**secara rohnaniahnya, akal ni akan mati bila alpa dan leka pada Tuhan. Bila akal mati, mudah setan nak masuk jarum..
***semoga kita semua dapat sama-sama ambil manfaaty dan amalkan..;)







3 comments:

etomyam said...

alamak, daripada 10 tu hanya no 4, 7, 9 dan 10 jer yang aku tak buat...aduahai

She is aaN said...

nice blog..follow and link me k..

student said...

etomyam:
hoho..kalo mcm tu, kene 'kurangkan' sikit2 la yer..hehe

Quon quon:
thnx..done bro..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...