Assalamualaikum.. apa khbr dan salam hormat buat semua..maaflah..lama x update blog
Sebenarnye aku dah mula bercuti skrg nih
tpi, blum balik rumah lgi sebab keluar 10 hari
yup, keluar jemaah 10 hari.. kali ni road aku keluar kat area hulu langat
best btul rasa coz amir jemaah aku tuk kali ni bru balik 4 bulan IPB
amir jemaah aku ni berasal dri indonesia, ketua pesantren kat sana
jadi, dsmping muzakarah tntang kepentingan Iman, bnyk gaklah ilmu yg aku dpat kutip..
rasa nikmat belajar bahasa arab selama ni.. sekurng-kurangnya fham gak lah skit2..
*ni aku tangguh jap coz main kompang kat bukit kiara sambut Dato' Hisyamuddin, jdi sempat gaklah update blog..huhuhuu...
antara perkara yg aku nak kongsi buat semua ialah
4 ciri umat Nabi Muhammad S.A.W
1.kasih sayang pada semua makhluk
-Maha kuasa ALLAH yg telah menciptakan bermacam2 makhluk. Nabi telah tunjukkan contoh tauladan terbaik pd kite dgn mencintai semua makhluk ciptaanNYA. tak kira lah tumbuh-tumbuhan ker...binatang ker...sesama manusia apatah lgi.. pernah 1 ketika, jenazah Yahudi diusung dihadapan nabi dan nabi menangis. Para sahabat menjadi pelik dan bertanya, "Ya Rasulullah, mengapa kau menangis? kan yg diusung itu adlh jenazah org yahudi bukannya org Islam". Nabi menjawab, "Aku berasa sedih sebab x sempat nak dakwah pd Yahudi itu. sebab die tiada iman, maka selama-lamanya dia dalam neraka".
2.tegas dalam dakwah dan hukum terhadap org kafir
-Ketika diangkat menjadi rasul, musyrikin Mekah menghalang baginda menyebarkan dakwah dengan bermacam-macam cara. Nabi pernah ditawarkan harta setinggi gunung, wanita-wanita yg cantik, dan juga ditawarkan menjadi raja namun baginda tetap menyebarkan dakwahnya tanpa berputus asa. Sehinggakan, sekiranya tapak kaki nabi di cat dengan warna merah maka seluruh hijaz akan berwarna merah kerana tiada 1 lorong pun yg tidak dilalui oleh nabi, tiada 1 rumah pun nabi tak ketuk semata-mata untuk sampaikan kalimah tauhid. "Ucaplah Kalimah Lailahaillah, nescaya kamu akan berjaya"
3.amalkan sunnah nabi
-sunnah nabi terbahagi kepada 3. iaitu sunnah surah(pemakaian), sirah(perjalanan hidup nabi), sarirah(fikir nabi). cth sunnah surah nabi, pemakaian penutup kepala, memakai celak, memotong misai, bela janggut, tidak memakai pekaian melebihi buku lali. cth sunnah sarirah, perlakuan nabi dalam kehidupan.. muamalat, mu'asyarah, munakahat nabi.. cara nabi berjual beli.. akhlak nabi.. terlampau bnyk. cth sunnah sarirah, cara nabi berfikir agar semua org dapat hidayah dan mendapat iman.. bagaimana semua org dapat masuk syurga.. bagaimana semua org dapat jaga solat 5 waktu secara berjamaah.
4.tidak menghiraukan pencela
-dalam usaha nabi menyebarkan dakwah, penuh dengan tentangan. ketika di Taif, penduduk Taif menolak dakwah nabi.. membaling batu kepada nabi sehingga berdarah badan nabi. Malaikat penjaga gunung telah menawarkan agar diterbalikkan gunung untuk menghancurkan penduduk Taif kerana tidak menerima dakwah nabi. namun nabi tatap sabar, berdoa agar penduduk Taif mendapat hidayah dan moga-moga akan lahir daripada org-org Taif itu anak-anak yg giigih menyampaikan usaha dakwah. Nabi ketika berdakwah penuh dengan pengobanan, mendapat celaan.. disakiti.. habis duit kerana agama. Tpi kita hari ini? mencari duit dengan agama?
ada kelapangan nti sama-sama kita bermuzakarah..
nanti aku huraikan lebih panjang lagi, insyaALLAH..aku tangguh 3hb insyaALLAH sebelum hari raya korban aku ada kat johor lah...moga dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment