Jan 16, 2011

Perlu marah apabila sentiasa berselisih faham?



"Manusia ni kebiasaannya akan rasa tercabar apabila haknya diambil tanpa rela."


"Dan lebih-lebih lagi rasa tercabar apabila rasa dirinya umpama tidak dihargai"..

Pagi tadi saya menonton siaran TV9 slot Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Amin. Tajuknya ialah berkaitan hubungan lelaki dan perempuan.. jua lebih tepat lagi mengenai mengenai hubungan suami dan isteri.

Banyak sangat manfaat yang saya dapat. Terdapat jawapan dalam pelbagai perkara yang menyerabutkan saya akibat perbezaan personaliti antara saya dengan si dia. Hikmah, ilham dan petunjuk daripada DIA? Mungkin. Kita hamba, tak lari daripada sentiasa diuji. Yang paling penting, jangan sesekali pernah berputus asa.

Antara susunan perkataan yang paling saya ingat ialah,

Apabila kamu ada berselisih faham tentang sesuatu hal.. Maka kembalilah pada Allah


Apakah maksud kembali pada Allah?

Perbetulkanlah kembali hubungan kita dengan-Nya. Moga-moga hubungan kita sesama manusia akan dipermudahkan oleh-Nya.

Akibat salah faham.. tuduh menuduh, perli memerli adalah tindakan yang dibuat akibat rasa sakit hati yang tidak diubati. Berasa puas dengan perlakuan itu? Tidak. Pastinya tidak sama sekali. Jika ada kepuasan pun dengan tindakan itu, ia bersifat sementara.. kerana perlakuan-perlakuan itu dibuat hanya kerana ingin memuaskan nafsu amarah. Nafsu amarah datangnya daripada syaitan. Dan pastinya, syaitan akan bergembira apabila melihat apabila 2 insan yang dulu berbaik kini bergaduh saling mengata antara satu sama lain.


Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, Maka cacilah diriMu sendiri kerana celamu lebih banyak lagi darinya.. - Wasiat Umar Al-Khattab


Lantaran itu bagaimanakan caranya ingin memperbetulkan keadaan itu?
Bagaimana pula, jikalau kita sendiri tidak berpeluang untuk memperbetulkan semula salah faham tersebut? Apabila..segala saluran yang ada sebelum ini disekat, dia tak dapat dihubungi.. tampak sudah tekad ingin meninggalkan pergi.. turut bersama meninggalkan pergi adalah tindakan paling tepat?

Tidak. Selagi hati ini belum memperbetulkan perkara yang menjadi punca utama kekecohan. Berasa sangat zalim pada diri sendiri jika tidak berpeluang memberitahu semua hal sebenar yang menjadi punca utama kepada segala kekusutan dan kekecohan.

Selepas itu? Terpulanglah pada dia untuk menilai mana yang betul, mana yang benar. Mana yang salah, mana yang silap. Saya sudah habiskan bahagian saya, terpulang pula di bahagian kamu untuk menilai. Dalam hati ada rasa mengharap, namun sebesar pengharapan digantung hanya pada-Nya.



P/s: Nasihat dan kata-kata yang datang dari hati, tempat jatuhnya adalah hati. Kata-kata.. amarah yang datang daripada nafsu, tempat jatuhnya nafsu jua..

P/s: Orang yang marah kata-katanya tidak perlu diambil hati. Apabila orang marah-marah, senyumlah.. rasional bila dimarah.. apabila yang dimarah pun turut emosional.. maka, tiada mana-mana pihak pun yang akan untung..




4 comments:

Arif Ikhwan said...

salam...sama tapi tak serupa.
http://arifikhwan.blogspot.com/2010/12/mengatasi-rasa-marah.html

Anonymous said...

Semoga sumenye d permudahkan oleh-NYA...
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yg terbaik utk hamba-NYA...

student said...

Arif,
gambar diambil dari sana..
terima kasih Arif atas lawatan..:)

student said...

Anonymus,
Ameen..mudah-mudahan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...