Apa masalahnya lagi ni.. Kes apa lagi ni.. Kekecohan apa lagi ni? Tolonglah.. Saya pun manusia.. Saya sedang bersabar.. Tersenyum... Senyum dengan semua ni.. Sedang duduk diam-diam ini okey?! Saya duduk diam-diam kamu tak habis-habis terus mahu menyerang di sebelah sana! Saya senyap ianya sudah sangat bagus bukan? Kamu jua yang kata tenang jika tak diganggu.. So, nak apa lagi ni.. Saya sedang beri ruang untuk kamu buat diri sendiri..
Saya geram sangat sebab tak diberi peluang untuk meleraikan yang kusut.. menegakkan yang bengkok.. menjelaskan yang kabur! Baik Syuk, sila tambah lagi aras kesabaran kamu boleh kan?!
Hey, si pesalah di mahkamah pun diberi peluang untuk membela diri tau! Dan masih tak dijatuhi bersalah selagi belum dibicarakan lagi lah..
Kenapa ni...?
- Tak cukup nak kata macam-macam lagi pasal saya? Konon saya jaja perkara buruk tak tentu hala pasal kamu.. hey! apa punya tuduhan kah ini? Tak puas lagi hati kamu? Sampai bila mau puas? Dendam?..Oh.. terima kasih..
- Tak cukup lagi ber'kau-aku'? Mana perginya maruah dan rasa hormat diri kamu sendiri yang sangat saya kagumi selama ini? Awak.. panggil dengan baik-baik kan lebih boleh dan manis? Awak perempuan yang baik-baik kan..
- Tak cukup lagi? Ada banyak lagi ke yang masih tersimpan di dalam lubuk hati kamu..Cukuplah kamu.. Its enough lah.. Be rasional boleh? jangan dilayan sangat rasa emosional kamu tu.. suara langau? lihatlah sendiri, selama ni di entri-entri siapa yang berlangau berterusan??
- Tak cukup lagi kamu block saya sana-sini.. tak bagi peluang untuk saya jelaskan kenapa itu ini.. terus melulu buat kesimpulan sendiri.. Saya cuba hubungi orang yang patut kamu percaya terdiri dari keluarga sendiri pun mau marah-marah lagi? apa ni?
Tak semua perkara kita akan ketahui selagi kita tak memberi peluang buat diri kita untuk tahu hal itu. Tapi..kalau dah hati sendiri itu sudah ditutup kemas.. langsung tak memberi peluang buat kebenaran untuk bercerita.. hey apa kesudahannya? Suka dengan situasi ini? Gembira? menipu diri sendiri dengan benci yang hakikatnya masih ada cinta! Sombong? Egoistik?! Rasional lah.. tolonglah..
Saya tahu kamu sedang sangat sakit, marah, kecewa, duka, nestapa. Mungkin. Atau rasa puas dengan cara ini..? Oh.. saya tak tak tahu apa yang kamu rasa.. Ye lah.. itu diri kamu kan? Kamu jua kata kamu ni aneh.. Tapi, sebab keanehan kamu lah saya sentiasa cuba hargai kamu.. sayang kamu sepenuh hati.. Cuma, mungkin kamu yang rasa rimas.. tak selesa.. Takpe, saya sendiri selalu kata.. saya okey je.. kamu tak reply, kamu tak angkat fon.. its okey for me.. kamu sibuk dan saya tau yang itu..
Cuma yang saya dapat rasakan sekarang ni, saya rasa makin tak faham apa yang kamu mahu..
Apa semudah tu kata tak sehaluan? Haluan dan jalan itu sentiasa ada kalau kita beri peluang buat diri sendiri untuk mengetahui kebenaran.. Saya bukan sehina itu untuk sesaja berjumpa dengan 'sahabat lama' kamu tu.. Ingat situasi dan waktu bila perkara itu berlaku..cuba muhasabah.. imbas kembali..dan ianya adalah terpaksa.. kalau tidak, situasi itu akan berlaku lebih teruk lagi.
Oh..biasalah manusia.. 1 jari menuding kepada orang lain, perlu diingat 4 yang lain menuding kepada diri sendiri.. Kamu nak kata macam-macam.. saya tahu kamu sedang marah.. Dari dulu lagi saya dah bagitau..benda boleh dibawa berbincang.. bincang..
....
P/s: Ikut hati mati, Ikut nafsu lesu! Ikut emosi? Pikir la sendiri..
P/s: Syaitan mungkin sedang bergelak ketawa melihat ada bara-bara fitnah dan tuduh menuduh antara 2 anak Adam ini! Saya minta maaf sangat-sangat pada kamu.. Yang sudah tu cukuplah.. Perkara lalu kita jadikan pengajaran, yang penting adalah masa hadapan!
P/s: Manusia tidak pernah lari daripada buat kesilapan. Tenang lah awak.. nasihat saya, janganlah ikut sangat rasa marah.. jangan dilayan berterusan rasa emosi tak tentu hala tu. Saya ada bagi amalan untuk tenangkan hati kan? Amal lah.. Moga dikurniakan ketenangan buat kamu dan saya.. Masalah dalam jiwa perlu bermula dengan rawatan dari dalam jiwa jua.
P/s: Hidup ini manis jika masing-masing saling menenterami kan? Saya tak pernah benci dan marah pada kamu. Percayalah. Dan rasa itu kekal seperti selalu walau apa kamu kata. Bodoh kah? Saya pun tidak tahu!
4 comments:
care to read my entry:
http://cikjari.blogspot.com/2010/11/seandainya-dapat-kau-selam-sambil.html
bak kata tipus,
sabar..sabar...kalau kita sabar,banyak yg kita akan dapat....
sabar ek.
sy pon penah alami..;)
da folo kamu.jmpe kamu lam list blogger baru, hit me back ok.
tengs~
cikjari,
thanks ye..:)
ctiey,
sedang berterusan bersabar..tkpe, everything will be ok..insyaAllah..:)
thanks sudi follow..:)
Post a Comment