Pagi tadi saya tidak dapat hadir ke kuliah.. Cuti dan berehat sahaja di rumah sewa.
Pagi ni badan panas sangat-sangat, Kepala pening berpusing-pusing, dengan hidung sumbat.. Ah.. sakit ke ni?
Yang paling tak tahan..kepala rasa pening.. untuk rekod, saya memang penghidap migrain.. tapi, tu 4 5 tahun yang lepas.. masa zaman persekolahan.. saya tak boleh berada dalam keadaan yang terlampau tertekan dan marah.. ohh.. saya dulu sewaktu zaman sekolah memang seorang yang agak 'berangin'.. tapi, ada suatu peristiwa yang buat saya berubah dan tak nak jadi seorang yang pemarah.. Peristiwa apa? Saya masih belum sedia nak ceritakan disini.. Mungkin di lain kali.. Yelah, buat apa nak jadi seorang yang suka marah-marah kan? Hidup ni lebih indah dan sentosa kalau masing-masing sentiasa bertolak ansur. Nak salah faham, gaduh-gaduh bukan tak boleh.. Ianya lumrah lah kan.. Kita manusia, penuh dengan segala kekurangan, tiada yang sempurna.. Cuma kalau boleh biarlah segalanya berakhir dengan baik.. Kan lebih cun dan cantik kalau macam tu. Betul?
Orang yang bersalah itu tidak semestinya salah selama lamanya...... dan orang yang betul itu tidak semestinya sentiasa betul ...... kesalahan boleh dan perlu dibetulkan..... kebetulan itu tak sama dengan kebenaran... oleh itu jangan jadi orang yang PERASAN betul, dan menganggap orang lain tak betul...Yakin lah dengan kebenaran.
Saya nak dapatkan semula diri saya yang sebelum ini.. Nak jadi Syuk yang biasa.. Yang cool (err..ke macho?hee~).. yang gigih, tabah, dan sabar hadapi apa-apa ujian dan dugaan yang tak jemu datang.. Saya akui 2 3 menjak ni mood saya macam tak berapa betul, rasa murung.. kepala rasa serabut, hati rasa pedih dan sakit.. apabila dikenang-kenang semula.. sebelum ni pernah jua rasa stress, lose tapi still in control.. namun, kali ni saya tewas dengan emosi sendiri.. Perkara yang tidak sepatutnya terjadi.. Moga saya tidak lelah mencari hikmah di sebalik semua yang berlaku ini.. Pastinya, ada ibrah dari Allah yang mahu berikan 'sesuatu' buat kita sebagai menguji ketaatan kepada-Nya.
Permusuhan, bertikam lidah dan pergaduhan tidak menguntungkan sesiapa. Apatah lagi, jikalau punca kepada kejadian tersebut adalah kerana salah faham. Yang bengkok kita sama-sama tegakkan, yang kusut kita sama-sama rungkaikan, yang kabur kita sama-sama jelaskan.
P/s: Alhamdulillah, nasiblah sahabat sekelas yang lain memahami.. Kuliah hari ni pun tutorial Bimbingan dan Kaunseling je.. Tugasan lain sume dah disiapkan.. cuma sesi pemurnian sahaja yang perlu dibuat.. Kalau ada kuliah Bahasa Arab pening juga nak kejar semula apa yang tertinggal..
P/s: Apabila berbaik semula, perkara 'gaduh-gaduh', salah sangka, dan salah faham ini memang manis untuk dikenang.. Dan proses 'kematangan' ini memang best untuk dinikmati.. Yang penting jangan sesekali give-up, penat, mahupun lelah untuk terus berdiri dengan teguh.
8 comments:
ibrah tu ape?
amanina,
ibrah maksudnya pengajaran.. :)
setuju sgt tentang proses 'kematangan' tu... nama pun manusia kan, semakin byk kita buat silap, semakin byk kita belajar sebenarnya. tak takut utk mengaku salah, dan tak takut utk tidak marah, akan buat kita lagi tenang :)
sebab tu lama menghilang ye... ini proses kehidupan, tempuh dan esok kita akan jumpa proses yang lain2 juga
salam
proses untuk mencapai tahap kematangan adalah kecelaruan minda yang hebat, hadapilah ia dengan tabah.
Lady,
proses yang memenatkan..:)
namun, moga-moga tidak pernah rasa putus asa..dah adatnya kita manusia, apabila buat silap perbetulkanlah kesilapan..maka makin banyak kita akan belajar..
KuJie,
bukan menghilang Kak..tapi rasa 'pening' kadang-kadang dengan banyak benda yang menyesakkan..sedang menikmati proses ini.. :)
Sisyira,
insyaAllah..moga kita semua sentiasa menjadi manusia yang tabah dan kental..:)
Post a Comment