Saya baru bercerita mengenai dendam. Ada yang masih berdendam lagi?
Kalau ada..cukuplah dulu, buang jauh-jauh rasa tidak puas hati itu.. Saling bermaafanlah, itu yang lebih baik kan?
Syaitan pastinya sedang bertepuk tampar ketawa kegembiraan apabila melihat umat manusia saling bermusuhan sesama mereka. Kan mereka tak pernah putus asa menyemarakkan api benci dan permusuhan. Salah faham yang kecik dilihatkan besar.. Persilihan yang boleh diselesaikan diletuskan menjadi pertelingkahan dan pergaduhan besar. Ubatnya, mudah. Bermaafan, dan akui tiada manusia yang sempurna.
Pagi Jumaat yang barakah ini, saya nak bercerita mengenai sifat pemaaf pula.
"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh." (Surah al-A'raf 7: 199)
Marilah kita melihat teladan pembukaan Kota Mekah (fathu mekah) yang amat masyhur dalam sirah. Rasulullah dengan ringan hati memaafkan penduduk Melakh yang pernah menentang Baginda dengan begitu hebat.
Allah juga berfirman yang bermaksud:
"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." (Surah al-Baqarah 2: 263)
Ingin jadi mulia? Amalkan memberi maaf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk sesorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya."(Riwayat Muslim no 2588)
Memohon maaf tidak sepatutnya dilakukan bermusim seperti di musim perayaan sahaja, malah ia perlu menjadi tradisi harian seorang Muslim.
Taburkanlah maafmu pada setiap malam saat sebelum mata terlelap buat sesiapa jua walaupun mereka tidak pernah memohon maaf daripadamu. Ingat, tiada manusia yang sempurna dan terlepas daripada membuat kesilapan.
P/s: Muhasabah untuk diri sendiri, entry tiada maksud umpama cuba berlagak suci.
P/s: Berselisih faham yang berpanjangan, bergaduh amaln yang kurang baik. Bermaafan adalah amaln yang mulia. Tarik nafas dalam-dalam, maafkan semua orang. Yuk semua amalkan!^^
2 comments:
btl...so..hope dpt memaafkn diri ini
ieqa,
its ok..sudah lama dimaafkan.. lets by gone be by gone..
Post a Comment