Kalian pernah jatuh hati? jatuh cinta?
Saya pasti, sebagai manusia normal perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu wujud dalam lubuk hati setiap lelaki dan perempuan yang normal..
Dan kalau boleh kita mahukan hubungan tu 'smooth' dan berjalan dengan baik sahaja.. tanpa selisih faham, gaduh-gaduh..kewujudan orang ketiga dan segala alasan bagai yang mampu merosakkan sesebuah hubungan perkahwinan, pertunangan, mahupun percintaan.. (Oh..mengapa entri ini agak jiwang? mungkin tekanan dengan pelbagai hal yang makin menyesakkan dada!)
Pasangan mana yang tak pernah bergaduh? Biasanya, bergaduh dan salah faham ni disebabkan oleh perbezaan watak dan personaliti antara pasangan tersebut.. Dan kalau dah kita betul-betul sayangkan seseorang tu perlukah tinggalkan si dia jika ditimpa dugaan dan ujian dalam perhubungan?
Mengapa tak cuba selesaikan, dan berbincang segera supaya keadaan menjadi lebih baik? Di sini, konsep terus terang, jujur amat diperlukan. Ada masalah jangan dipendam.. Terus terang supaya keadaan menjadi lebih baik.. Takut-takut bila berterusan dipendam, sampai satu tahap..terus meletup dan perhubungan menjadi agak sukar untuk diselamatkan..walau pada hakikatnya, perkara yang menjadi punca salah faham tersebut kecil sahaja.. tapi, kalau dah pendam lama-lama..perkara yang kecil tentu akan menjadi besar!
Kadang-kadang, saya sendiri tak faham mengapa sesuatu pasangan tu 'putus'. Putus cinta, putus kasih, putus sayang, putus tunang, bercerai, putus nyawa (angkara bunuh diri, nauzubillah!) dan pelbagai lagi. Perkara yang tidak sepatutnya berlaku kan?
Alasan yang paling tepat untuk putus cinta ni bagi saya 1 je, iaitu hati dah beralih arah atau kata mudahnya curang. Pasangan kita tu memang sayangkan kita hakikatnya.. Tapi macam saya bagitau kat atas tadi lah, tiada siapa yang sempurna.. Kadang-kadang ada jua tersilap kata, teremosi lebih, termarah lebih dan kesilapan tu dijadikan alasan untuk berpisah. Ye lah, nak berpisah sesaja je nampak macam teruk sangat lah kan.. Setuju?
Jadi.. Bagi saya, kalau dah memang kita sayang pada seseorang tu mengapa mesti berpisah..? Saling lengkap melengkapi katanya dulu.. Masa bahagia, kentut pun bau strawbery lah kan. Perbetulkanlah apa yang bengkok, uraikan apa yang tersimpul..itupun kalau selama ni betul sama-sama ikhlas pasangan tersebut..
Janganlah cepat give-up dan putus asa.. beralasan tak sehaluan.. Dulu masa mula-mula kenal boleh terima buruk baik, si dia buat silap saling bermaafanlah.. kan saling melengkapi, tiada manusia yang sempurna kan di dunia ni? Ataupun rasa berbaik semula tu suatu kesilapan.. sebab tekanan persekitaran? Jadi, suka dan rela untuk lepaskan pasangan yang dulu kita kata suka gila-gila..yang mungkin dah bagi sepenuh hati dia pada kata sebelum ni, tapi sebab suatu kesilapan yang dia lakukan.. kita delete terus dia daripada hidup kita? Jangan lah macam tu.. Itu semua ujian dan dugaan Allah buat kita.. dan yang pastinya kita diuji dengan ujian yang mampu untuk kita tanggung.
Dan 1 lagi, bila berlaku perselisihan faham.. berilah peluang untuk diri sendiri menenangkan diri.. jadilah rasional..elakkan emosional.. bertenang itu dah pastinya lebih baik daripada terburu-buru kan?
P/s: Dalam Agama, tempoh perkenalan yang sebenarnya bagi seorang lelaki dan perempuan itu ialah selepas bertunang. Tiada istilah couple pun dalam islam. Boleh jadi, salah faham dan gaduh-gaduh dalam 'bercouple' tu sebagai hint daripada Tuhan agar segera menjadi ke arah yang halal?
P/s: Perasaan cinta, kasih, dan sayang itu adalah suatu anugerah daripada Ilahi. Ia sangat rapat berkait dengan hati.. Maka jagalah ia dengan sebaik-baiknya. Dan janganlah biarkan sesekali hati itu mati.
P/s: Perbezaan cara lelaki dan perempuan berfikir biasanya menjadi faktor kepada salah faham. Setuju?
11 comments:
Cinta dari Allah mesti syok..
Shaheila,
itu yang terbaik.. sama-sama cari redha Allah.. ^^,
Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)
Moga Allah bersamamu...kwanku
"Cinta ialah iradah Tuhan.Dikirim ke dunia supaya ia tumbuh. Kalau ia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyeksa orang lain. Kalau ia datang pada hati yang keruh dan budi yang rendah, ia akan membawa kerosakan. Namun, jika ia hinggap di hati yang suci, ia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada ilahi"...Pak HAMKA
Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Allah, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan.
Putus Cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan & termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.
wah..\
entry mnarik...
psl cinta..
heehhe :)
Cik Jari,
Thanks yer..senang dengan nasihat daripada kamu..:)
cikgu fikri,
terima kasih sudi membaca..:)
kbanyakan yg couple n gado then trus break maybe sebab just cinta akan luaran. xbetul2 kenal hati. apa2 pun cinta pd Allah tu pling penting :)
rock,
cinta pada Allah tu paling penting.. benar..:)
tak jua, mungkin gaduh..salah faham..si dia perlukan masa untuk diri sendiri.. DIA lebih tahu kan? Mungkin ada pengajaran berguna dan hikmah besar disebalik perselisihan faham tu..
kl tak bergaduh langsung waima sekecik zarah sekalipun ms bercinta, tu maknanya berpura-pura.
sgt bersetuju tentang perbezaan berfikir atr laki dan wanita tu jadi penyebab.bergaduh nih sebenarnya buat kita lebih memahami pasangan dan juga mengenali diri. tu je.
bergaduh tu umpama proses untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan personaliti masing-masing yang biasanya berbeza..untuk mencari persefahaman..yg penting jgn give-up lah.. dalam marah, dalam benci, ada rindu..biasa la..bila dalam hati ada Taman..
Namun, paling baik cepat-cepatlah menuju kearah hubungan yang halal jika sudah bersedia.. bergaduh lepas nikah dgn lepas nikah pasti lain caranya.. :)
P/s: belajar daripada pengalaman orang lain.
keserasian itu bkn bermakna mempunyai minat dan kegemarn yg sama..tp bila pasangan itu sggup bertolak ansur menerima seadanya..bila dh tak mmpu lg bertolak ansur..tiada la lagi keserasian..,
Post a Comment