Tatkala sedang berjalan-jalan di 'alam maya' tadi aku terjumpa mengenai ini.
Harap boleh berkongsi bersama.
Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajud mendapat 9 kelebihan. 5 daripadanya diperoleh di dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di akhirat.YaAllah…ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu…
5 kelebihan yang diperoleh di dunia:
1. Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
2. Tanda berkat pada wajahnya
3. Disukai oleh ramai manusia
4. Allah jadikannya seorang yang bijaksana
5. Bila bercakap penuh hikmah
4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:
1. Wajahnya bercahaya
2. Diringankan hisab
3. Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
4. Dapat buku amalan dengan tangan kanan
Dan bila kali terakhir kita solat tahajud dan mengadu dengan keluh kesah kepadaNYA?
2 comments:
Apabila seorang isteri solat sunat tahajud dibaca al-quran selepas itu..
nescaya si suami tidak mencari isteri lain..kerana bagi suami isteri ckup secucuk dgn
kehidupan rumah tangganya...
hadith ????
bukan..sy removekan..takut ada org salah faham..terima kasih atas ingatan tuan..
Post a Comment