Nov 1, 2008

Razak Baginda Tewas- KES ALTANTUYA

Razak Baginda bebas... Azilah Hadri dan Sirul Azhar diperintah bela diri October 31, 2008 : 10.19 AM


LAPORAN AGENDADAILY


Pengalisa politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh warga Monggolia, Altantuya Shariibu pagi Jumaat.

Bagaimanapun dua tertuduh lagi Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membela diri tas tuduhan membunuh wanita tersebut. Hakim Datuk Mohd Zaki Md. Yasin ketika membaca keputusan perbicaraan itu berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan wujudnya kes prima facie ke atas Razak. Azilah dan sirul dituduh membunh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara jam 10 pagi 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi 20 Oktober 2006.

Manakala Abdul Razak pula dituduh bersubahat membunuh wanita berkenaan. Perbicaraan kes pembunuhan yang berprofil tinggi ini berlangsung selama 151 hari bermula November 2006 dan seramai 84 saksi pendakwaan telah memberikan keterangan. - 31/10/2008



LAPORAN HARAKAH DAILY

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) -Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Iklan

Mahkamah bagaimanapun telah mengarahkan dua tertuduh lain iaitu, Cif Inspektor, Azilah Hadri, 32 dan Korporal Sirul Azha Umar, 37,yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) untuk membela diri dalam kes pembunuhan tersebut.

Pihak pendakwa dijangka akan mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Razak Baginda.

Kes yang mendapat perhatian seluruh negara ini bermula apabila mayat model Mongolia tersebut ditemui di Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor.

Altantuya dipercayai telah ditembak sebelum badannya diletupkan dengan menggunakan bahan letupan dua tahun lalu.

Azilah dan Sirul didakwa secara bersama dalam pembunuhan Altantuya dan Razak Baginda pula telah didakwa bersubahat dalam pembunuhan tersebut.

Kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian seluruh negara ini berlarutan selama 151 hari sejak November 2006, yang menyaksikan pihak pendakwa mengemukakan 84 orang saksi. - mks._




LAPORAN UTUSAN MALAYSIA


SHAH ALAM 31 Okt. - Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda Abdullah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas dibicarakan selama 151 hari.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian di akhir kes pendakwaan setelah mendapati tiada kes prima facie terhadap Abdul Razak.

Abdul Razak, 48, menghadapi tuduhan bersubahat dengan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam pembunuhan itu pada pukul 9.54 malam, 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam, 19 Oktober 2006 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Abdul Razak didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Abdul Razak merupakan pengarah eksekutif sebuah kumpulan pemikir tempatan. - Utusan



LAPORAN BERITA HARIAN

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, pagi ini membebaskan penganalisis politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...