Sifat Pemisah Di Antara Dua Lautan(Bhg.Akhir)
Fakta Saintifik:
Siapakah yang dahulunya tahu bahawa laut-laut yang masin berbeza di antara satu sama lain walaupun kesatuannya dari segi sifat-sifat luaran yang diketahui oleh penglihatan dan deria-deria, kerana semuanya adalah (masin, biru, berombak dan di dalamnya ada ikan-ikan dan selainnya)? Bagaimana ia berbeza-beza sedangkan ia bercantum di antara satu sama lain? Dan yang diketahui adalah air-air apabila ia bercampur di dalam bekas yang satu, ia akan menjadi satu [sejenis] ... oleh itu, bagaimana pula dengan anasir-anasir percampuran yang banyak di laut-laut yang terdiri daripada pasang, surut, ombak-ombak, arus-arus dan ribut-ribut?
Ayat tersebut menyebut pertemuan di antara dua laut masin yang setiap satu daripadanya berlainan dari yang satu lagi. Kerana, jika dua laut tersebut, setiap satu daripadanya tidak berbeza daripada yang satu lagi, keduanya akan menjadi laut yang satu. Tetapi pembezaan di antara keduanya di dalam lafaz Quran menunjukkan kepada perbezaan di antara kedua-duanya walaupun kedua-duanya adalah masin.
{Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang masin) mengalir, sedang keduanya pula bertemu} yakni; dua laut tersebut bercampur, dan kedua-duanya di dalam keadaan datang dan pergi, bercampur dan berkocak di kawasan percantuman, seperti mana yang ditunjukkan oleh bahasa dengan lafaz مرج [bergerak-gerak], dan inilah yang ditemui oleh Ilmu berkenaan sifat keadaan pemisah yang berkeadaan condong dan beralih-alih di dalam musim-musim yang berlainan dengan sebab pasang surut dan monsun-monsun.
Sesiapa yang mendengar ayat ini sahaja akan membayangkan bahawa penyebatian dan percampuran yang besar berlaku di antara laut-laut ini akan menghilangkan ciri-cirinya yang tersendiri yang ia miliki. Tetapi [Tuhan] Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berpengetahuan Mendalam menetapkan dalam ayat yang berikutnya {Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya} yakni; walaupun dengan keadaan bercampur dan bergelombang ini yang didapati pada laut-laut, sesungguhnya satu pemisah memisahkan antara keduanya yang menghalang setiap satu dari keduanya untuk melampaui dan melebihi hadnya.
Inilah yang disaksikan oleh manusia setelah mana dia maju di dalam pengetahuannya dan peralatannya, dia telah menemui air ketiga memisahkan antara dua laut tersebut yang berbeza dalam ciri-cirinya daripada ciri-ciri setiap satu dari keduanya.
Dengan wujudnya penyekat tersebut, air dua laut yang melebihi akan bercampur dengan amat perlahan, tetapi tanpa salah satu daripada dua laut tersebut melampau ke atas yang satu lagi dengan ciri-cirinya; kerana sempadan tersebut adalah kawasan yang diputar padanya air-air yang melintas dari satu laut ke [laut] yang satu lagi, agar air-air yang berpindah itu akan mendapat –secara beransur-ansur– sifat-sifat laut yang ia akan masuki dan hilang sifat-sifat laut yang ia datang darinya. Dan dengan ini, tidak melampau satu laut terhadap laut yang lain dengan ciri-cirinya, sekalipun kedua-duanya bercampur sewaktu percantuman.
Benarlah Allah yang berfirman:
{مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ}{بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لاَ يَبْغِيَانِ}
{Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang masin) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;}[Ar-Rahman : 19-22]
Kebanyakan ahli Tafsir telah berpendapat bahawa sempadan yang memisah di antara dua laut tersebut adalah sempadan dari kuasa Allah yang tidak dapat dilihat.*
Dan telah menjadi kemusykilan bagi sebahagian ahli Tafsir, menyatukan antara percampuran air-air laut dengan wujudnya pemisah, kerana kewujudan penyekat (pemisah) memestikan terhalangnya percampuran dan pernyataan bercampur (berolak-alik) memestikan tidak wujud penyekat. Dan kemusykilan tersebut telah hilang dengan penemuan rahsia-rahsia laut mengikut realiti-realitinya.
(A)
(B)
Gambar satelit yang menjelaskan bagaimana air dari Lautan Atlantik [kiri] yang lebih ringan dan lebih sejuk masuk ke Laut Mediterranean [kanan] yang lebih berat dan lebih panas, melalui 5 teknologi berlainan.
Bentuk-bentuk Ie’jaz Dalam Ayat-ayat Tadi:
Daripada apa yang telah lalu, jelas:
1) Bahawa Al-Quran Al-Karim yang turun sebelum lebih 1400 tahun telah mengandungi maklumat-maklumat terperinci berkenaan fenomena-fenomena laut yang tidak disingkap melainkan baru sahaja, dengan alat-alat yang moden. Dan antara maklumat-maklumat tersebut adalah wujudnya sempadan-sempadan air di antara laut-laut, firman Taala:
{مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ}{بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لاَ يَبْغِيَانِ}
{Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang masin) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;}[Ar-Rahman : 19-22]
2) Perkembangan sejarah di dalam laluan ilmu Oseanografi menyaksikan ketiadaan wujudnya maklumat-maklumat terperinci mengenai Laut terutamanya sebelum pengembaraan Challenger pada tahun (1873M) apatah lagi pada waktu turunnya Al-Quran sebelum seribu empat ratus tahun yang turun kepada seorang Nabi buta huruf yang hidup di dalam suasana padang pasir dan tidak melayari laut.
3) Seperti mana, Oseanografi juga tidak berkembang melainkan pada dua kurun terakhir, khususnya pada separuh akhir kurun kedua puluh. Dan sebelum itu, Laut adalah tak diketahui lagi menakutkan, banyak dongeng-dongeng dan kepercayaan karut mengenainya. Apa yang diambil berat oleh orang yang melayarinya adalah keselamatan dan mendapat petunjuk kepada jalan yang betul sewaktu perjalanan mereka yang jauh. Manusia tak tahu bahawa laut-laut yang masin adalah laut-laut yang berlainan melainkan pada tiga puluhan kurun yang lalu setelah para pengkaji mendirikan beribu-ribu stesen kaji laut untuk menyelidik sampel-sampel air laut-laut tersebut. Mereka mengukur pada setiap satu darinya perbezaan-perbezaan dari segi suhu, kadar kemasinan, kadar kelikatan, kadar kelarutan oksigen di dalam air laut-laut tersebut di setiap stesen itu, lalu mereka mendapat tahu setelah itu bahawa laut-laut yang masin adalah berbagai-bagai.
4) Manusia tidak mengetahui penyekat yang memisahkan antara laut-laut yang masin, kecuali setelah ia mendirikan stesen-stesen penyelidikan laut yang menunjukkan kepadanya, setelah menghabiskan waktu yang lama di dalam mengikuti kewujudan penyekat-penyekat condong yang beralih-alih ini, yang berubah dari segi kedudukan geografinya dengan perubahan musim setahun
5) Manusia tidak mengetahui bahawa air dua laut yang terpisah di antara satu sama lain dengan sempadan air, keduanya bercampur dalam masa yang sama kecuali setelah dia berterusan mengkaji dengan peralatan-peralatan dan kapal-kapalnya pergerakan air-air di kawasan-kawasan pertemuan di antara laut-laut, serta melakukan penyelidikan terhadap jisim-jisim air di kawasan-kawasan tersebut.
6) Dan manusia tidak mengakui kaedah ini terhadap semua laut-laut yang bercantum, kecuali setelah imbasan saintifik yang meluas ke atas fenomena yang berlaku di antara setiap dua laut yang pada seluruh laut-laut Bumi.
Kemasinan diukur dengan kadar garam (mengikut gram) yang larut di dalam 1,000 gram air laut. Kerana itu kemasinan sering dinyatakan sebagai "parts per thousand" (ppt) [satu bahagian setiap seribu].*
Kemasinan air berdekatan permukaan laut berbeza-beza dari satu tempat ke tempat yang yang lain. Kemasinan permukaan laut merangkumi dari kira-kira 32 ppt di kebanyakan kawasan Utara Pasifik sehingga 37.5 ppt di kawasan Utara tengah Atlantik.
- Adakah Rasulullah dahulunya memiliki stesen-stesen kaji laut itu, peralatan-peralatan menyelidik jisim-jisim itu dan kemampuan untuk mengikuti pergerakan jisim-jisim air yang berlainan?
- Adakah telah melakukan aktiviti imbasan menyeluruh, Baginda yang tidak pernah melayari laut sama sekali dan hidup pada zaman yang dongeng-dongeng adalah perkara yang menguasai pemikiran manusia, terutamanya di lapangan Laut?
- Adakah mudah untuk Rasulullah pada zaman Baginda kajian-kajian, peralatan-peralatan dan penyelidikan-penyelidikan seperti apa yang mudah saintis-saintis Oseanografi yang telah menemui rahsia-rahsia tersebut dengan kajian dan penyelidikan?
- Sesungguhnya ilmu yang dibawa turun oleh Al-Quran ini mengandungi sifat untuk rahsia paling rumit pada zaman yang mustahil untuk manusia ketahui benar-benar menunjukkan kepada sumbernya Ilahi, sebagaimana firman Taala:
{قُلْ أَنزَلَهُ الَّذِي يَعْلَمُ السِّرَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ إِنَّهُ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا}
{Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.}[Al-Furqan : 6]
- Sebagaimana ia juga menunjukkan bahawa orang yang diturunkan kepadanya Kitab tersebut adalah seorang Rasul yang diwahyukan kepadanya, dan benarlah firman Taala:
{سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ}
{Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?}[Fussilat : 53]
No comments:
Post a Comment