Aug 27, 2008

Permatang Pauh + Tahniah!!



Assalamualaikum,

Tarikh 26 Ogos 2008 sudah berlalu. Kekalutan sebelum tarikh itu sudah berakhir dan kini semuanya sudah terjawab. Permatang Pauh membuka lembaran baru landskap politik Malaysia.

Setelah 10 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menempuh rintangan fitnah yang dilemparkan oleh Umno BN. 10 tahun DSAI menjawab semua persoalan yang terbuku dihati rakyat. Dan 10 tahun perancangan beliau kini menghampiri noktah.

Tahniah aku ucapkan diatas segala gerak kerja dan perancangan PKR yang rapi. Tahniah juga saya ucapkan kepada semua jentera Pakatan Rakyat yang memberi sokongan padu kepada DSAI. Kini tibalah saatnya perancangan baru untuk menentukan hala tuju Malaysia sebuah negara yang merdeka dan berbilang bangsa.

51 tahun Malaysia diperintah oleh Umno dan sekutu. 51 tahun Malaysia dpegang oleh tangan tangan yang memodenkan Malaysia sambil mengaut keuntungan hasil negara. 51 tahun rakyat dibutakan oleh propaganda Umno BN.

Lembaran baru menjelma. Rakyat Malaysia berbilang bangsa mengharapkan suatu perubahan yang besar pada pentadbiran Malaysia.

Anwar !!! lakukanlah apa yang ingin kamu lakukan pada politik Malaysia. Tapi jangan sesekali kamu abaikan kebajikan rakyat. Jangan sesekali kamu cemarkan maruah Islam. Ingatlah jasa tangan tangan yang membangkitkan kamu ke medan ini. Selamat berjuang wahai pemimpin. Lakukanlah yang terbaik. Jadikanlah Rasulullah dan para sahabat sebagai petunjuk. Al Quran dan Sunnah menjadi pegangan. Semoga kite semua diberkati. Jazakallah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...