-------------------------
Tajuk kali ni lain sikit. Selalunya saya tulis pasal kebaikan / kelebihan menjadi usahawan internet sepenuh masa. Dan di blog-blog lain pun, mungkin pembaca semua baca tentang kebaikan jer, boleh dikatakan susah nak jumpa orang yang tulis pasal keburukan menjadi usahawan internet ni. Orang yang nampak keburukan usahawan internet ni, mungkin bukan dari kalangan usahawan internet atau orang yang cuba nak jadi usahawan internet tetapi gagal.
Tetapi kali ini saya nak mendedahkan keburukan menjadi usahawan internet sepenuh masa berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Susah Berurusan Dengan Pihak Bank
Atau lebih tepat lagi memohon pinjaman dengan bank. Ini adalah kali pertama saya memohon pinjaman semenjak jadi usahawan internet sepenuh masa. Barulah saya tahu betapa peritnya nak meyakinkan bank yang pendapatan yang kita perolehi adalah sah dan stabil. Walaupun saya menunjukkan 10 bulan penyata bank saya yang mana puratanya melebihi RM 10K, tetapi mereka masih tidak yakin. Apatah lagi apabila saya beritahu yang saya tidak menawarkan sebarang produk atau servis sebaliknya hanya menjual ruang iklan. Bagi mereka kalau dah bisnes mesti ada jual barang atau tawarkan perkhidmatan.
Tak Tahu Nak Cakap Kat Orang Kampung
Kalau dah pegawai bank pun sukar nak faham tentang bisnes internet, apatah lagi orang kampung. Setiap kali balik kampung mesti dapat soalan bertanyakan tentang kerja saya. Apabila saya cakap bisnes, diorang akan tanya bisnes apa, dan apabila saya cakap bisnes internet, masing-masing angguk buat-buat faham walaupun saya tahu semuanya tak faham. Ada juga yang tanya bisnes internet ni macam swisscash ker? Tak haram ker?
Berat Badan Naik
Ok jangan ketawa kalau saya mengatakan berat badan saya naik hampir 10kg selepas saya berhenti bekerja dan menjadi usahawan internet sepenuh masa pada tahun 2005. Puncanya kerana kerja yang dilakukan hanyalah duduk menghadap laptop jer. Walaupun otak penat tapi badan kurang bergerak. Ye la, takkan la nak usung laptop dan menaip sambil berlari pulak kan. Memang logik la kerja macam ni patut kena duduk dan cuma jari / tangan jer yang bergerak.
Dan lagi satu punca berat badan naik ialah bekerja di rumah, bila-bila masa rasa nak makan terus pergi dapur. Kalau kerja pejabat ada waktu makan tertentu, kat rumah asal boring jer makan.
Disiplin Diri
Rasanya masalah ni memang menghantui semua orang yang bekerja sendiri termasuklah usahawan internet. Menjadi bos sendiri memerlukan disiplin diri yang kuat untuk kita menyiapkan sesuatu kerja. Kalau kerja dengan orang, tak siap kerja kena marah. Kalau kerja sendiri siapa nak marah? Selain itu, kadang-kadang saya rasa tidak bermotivasi langsung untuk bekerja. Punca kurang motivasi ni mungkin disebabkan projek yang dibuat tidak menjadi, pendapatan makin merosot, kena kritik dan sebagainya. Ramai orang yang gagal untuk menjadi usahawan internet sepenuh yang berjaya adalah kerana masalah disiplin diri.
Kurang Bersosial
Satu-satunya cara kita bersosial adalah melalui email atau messenger. Kalau kerja di pejabat, masa kerja tu boleh jugak borak-borak dengan rakan sepejabat bila boring dan lepas kerja boleh minum-minum kat kedai mamak. Kadang-kadang bila sesekali pergi ke majlis tertentu, dah berbual dengan orang pun dah rasa kekok sebab dah lama tak berbual kecuali dengan keluarga dan jiran-jiran.
Menimbulkan Syak Wasangka
Kalau anda menjadi jiran saya, dan tak tahu yang saya ni buat bisnes dari rumah, apa tanggapan anda apabila setiap melihat isteri saya keluar bekerja, saya tinggal di rumah, hantar anak pergi sekolah, ambil anak dari sekolah, jemur kain, basuh pinggan, sapu halaman dan sebagainya. Dan yang peliknya, masih pula mampu hidup selesa.
Amacam? ada komen..?? hehee..kredit tuk saudara alang.. jmpe lgi di entry seterusnya!
No comments:
Post a Comment