Hujan yang berterusan di Johor sejak Jumaat lalu mengakibatkan paras air di sebahagian tempat mula meninggi seterusnya dinaiki air. Peristiwa ini pastinya mengimbau kembali kenangan banjir besar yang pernah melanda myhometown- Kota Tinggi pada penghujung 2006 yang pernah saya tuliskan disini.
Saya sekarang berada di Bangi. Sekolah yang saya jalani praktikum tidak bercuti.. maka tidak dapat bersama-sama untuk bersedia 'berkemas' jikalau paras air naik lebih tinggi lagi. Pengalaman lalu mengajar kami sekeluarga untuk bersedia dengan kemungkinan yang mungkin terjadi.
Doa saya, moga kami semua tabah dan sabar. Apabila diuji, senyum je lah kan? Pasti ada hikmah atas setiap perkara yang terjadi..
Mari kita lihat gambar-gambar sekitar banjir di Kota Tinggi yang diambil semalam..
P/s: Tadi ibu bagitahu hujan sudah berhenti, matahari sudah kembali memancarkan sinar, namun air belum mau surut lagi! insyaAllah.. DIA takkan menguji dengan ujian yang tak mampu hambanya tanggung.
P/s: Ibu kata lagi harapnya tidak banjir, pening nak kemas barang. Ayah pula tenang walau saya tahu dia risau dengan keadaan kedai.
6 comments:
hujan di segamat sudah berhenti.. harap, air surut dgn cepat.. mudah2an...=)
Teruk lah..
Pernah gak merasa air masuk rumah ni even tak tinggi sgt tapi mmg letihlah nak kemas n cuci rumah kan?
Belum lagi tmbh dgn brg2 yg rosak akibat banjir..
mudah2an..thn lps ngeri kdah sy kena..umah sy mmg tiap2 thn wajib bnjir..huhu..i,allah ada hikmahnya..=)
cikgu ainura,
yeke? alhamdulillah..moga-moga berita dari Kota Tinggi pun yang baik-baik aje didengar..:)
d_tieah,
pernah rasa..masa banjir besar di Johor tempoh hari rumah saya terlibat sama..tingkat 1 nampak bumbung je..:)
a.m.a.n.i,
betul..pasti ada hikmahnya...:)
Post a Comment