Jan 16, 2011

60 Ribu rakyat Malaysia mempunya PhD menjelang 2023


DUNIA pendidikan baru kini melangkah era lebih mencabar apabila institusi pendidikan tinggi (IPT) negara menyasarkan matlamat melahirkan 60,000 rakyat Malaysia berkelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) menjelang 2023.

Sasaran itu bukan saja menjadikan institusi pengajian tinggi gedung ilmu terulung malah memartabatkan dunia pendidikan negara ke peringkat global.


Bagaimanapun, mampukah matlamat itu dicapai atau adakah ia sekadar perancangan drastik bagi mencapai matlamat menjadi negara maju menjelang 2020? Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Ramlee Mustapha, berkata sasaran itu perlu dilihat dalam konteks positif bagi memberi keyakinan melaksanakannya.


Beliau berkata, elak daripada bersikap rendah diri atau kurang yakin kerana ia boleh membantut usaha membantu masyarakat menerima konsep pembaharuan dunia pendidikan.


"Masyarakat perlu akur, sistem pendidikan negara hari ini semakin kompleks dan memerlukan suntikan elemen baru bagi bersaing dengan institusi luar negara.


"Transformasi yang dilaksanakan menunjukkan kita bersedia meneroka dunia baru. Ia dibuat bukan sekadar suka-suka tapi selepas meneliti keperluan, kemampuan serta kehendak dunia pendidikan negara pada masa depan.

"Beri kepercayaan penuh kepada universiti dan kerajaan melaksanakan tanggungjawab itu. Ia bukan mudah tetapi tidak mustahil asalkan ada sokongan rakyat dan perancangan yang baik," katanya.

Sumber: HarianMetro


P/s: Saya sendiri sedang menyiapkan proposal untuk Kajian Tindakan saya bagi menyudahkan pengajian Ijazah saya. Belajar sehingga PhD? InsyaAllah.. semoga terus diberi kekuatan mental dan fizikal untuk ke arah itu.

P/s: Belajarlah daripada sesiapa sahaja hatta daripada musuhmu sendiri!

7 comments:

Anonymous said...

Tahap pndidikan semakin tggi...
Semakin ramai yg ade diploma,ijazah,Phd...
Tpi adakah sumenye berkualiti??
haha..
Sndr jawab lah kn...=)

Anonymous said...

Tahap pndidikan semakin tggi...
Semakin ramai yg ade diploma,ijazah,Phd...
Tpi adakah sumenye berkualiti??
haha..
Sndr jawab lah kn...=)

Unknown said...

wah nak sambung PHD...bagus2...harap berjaya la hendaknye..:)

Hairun Azmi said...

Ramailah Profesor nanti...


35 penuntut Uitm cedera bas terbabas ke dalam longkang

student said...

Anonymus,
insyaAllah mudah-mudahan berkualiti.. asalkan ilmu itu berterusan diamal dan disampaikan pasti berkualiti pengamalannya..:)

student said...

Papa Mifz,
tanpa mimpi impian takkan jadi kenyataan.. moga dapat direalitikan insyaAllah... :)

student said...

MieCyber,
Mudah-mudahan... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...