Tahun depan, saya akan berada di semester 7.
Rasanya macam baru semalam memasuki alam 'guru pelatih'
Aduhai, tahun depan dah jadi batch paling senior.
Cepat sungguh rasanya masa berlalu.
Salam perpisahan buat abang-abang dan semua sahabat semester 8.
Sudah menjadi lumrah alam ada pertemuan, pastinya ada jua perpisahan.
Jutaan terima kasih ingin saya ucapkan buat kalian atas nasihat dan jua tunjuk ajar yang telah diberikan. Kalian semua memang senior yang terbaik lah! love u all.
Dan semestinya jasa kalian yang paling besar adalah ketika membantu pihak institut bagi mendapat MQA(umumnya) dan bagi kursus Bahasa Arab(khususnya).. Kedengaran agak mencabar soalan yang dikemukakan.. agak-agaknya kalau soalan-soalan 'maut' tu diberikan kepada batch kami mampu terjawab ke? Lagi-lagi lah jikalau soalan tu ditanya dalam Bahasa Arab.. hee~
Jasa baik dan pengorbanan itu, moga-moga diberikan ganjaran dan pahala yang berterusan daripadaNYA. Ameen.
Akhirnya, ditujukan pantun ini buat semua sahabat-sahabat semester 8,
Jika ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi;
Jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
PISMP Semester 8 Bahasa Arab, selamat berjuang semua!
Bersama saudara Syahrin
P/s: Perasaan 'gerun' mula terasa apabila memikirkan selepas ini kamilah batch paling senior bagi kuliah Bahasa Arab. Terasa kerdil dan jauh beza jika dibandingkan dengan senior semester 8 2010.
6 comments:
yeay..!
hee bgusla, owg ne lmbt ag
xsbar2 nk tnggalkn mktab tu, huhu~
nikmatilah kehidupan kat maktab selagi boleh..heee~
yes..btul2 kite tggl stahun ag..huk2
kejap je setahun tu diba..hoo~
betul tu syukur...jauh berbeza kita dgn diorg ni kan....huhuhu =)
dari segi penguasaan bahasa, kefasihan.. takpe, kita sama2 blaja.. jom sama-sama tingkatkan ke arah lebih baik!
:)
Post a Comment