Aug 31, 2010

Salam merdeka.


Salam Ramadhan dan Salam kemerdekaan buat semua.

Nampaknya, pada tahun ini kita menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-53 dalam bulan Ramadhan.

Syukur atas kemerdekaan ini. Alhamdulillah.

Syukur atas peluang untuk masih berada dalam bulan mulia ini.

Terima kasih Ya Rabb.

.

Jika disuarakan adakah kita sume sudah merdeka?

Jawapan standard yang diberikan. (klise)

Kita semua belum merdeka sebenarnya, penjajahan era ini adalah penjajahan 'minda' dan mental. Ianya adalah penjajahan budaya, hiburan, hedonisme. Bukan lagi penjajahan fizikal seperti dahulu.

Baik,

Kemerdekaan dah dicapai, bagaimana pula kita ingin pertahankan?
Ianya adalah tanggungjawab setiap orang dan setiap rakyat.

Apabila bercerita mengenai kemerdekaan, ia berkaitan dengan Negara.
Dan bercerita tentang Negara pula, saya suka untuk kita sama-sama mengimbau kembali kisah zaman Nabi S.A.W.

Mengenai konsep Negara dan sifat ketakwaan Sahabat-sahabat.

Pada zaman Nabi, ketakwaan sahabat menjadi kayu pengukur untuk seseorang sahabat itu menjadi pemerintah. Tiada kasta. Tidak kiralah seseorang itu hamba atau daripada golongan bangsawan, jika dia layak maka layaklah menjadi pemimpin dan pemerintah.

Jika tidak, masakan Bilal Bin Rabah(seorang hamba) diutus menjadi Raja di Damsyik.

Dan, yang perlu kita semua tahu.
Kekuasaan dan kekuatan umat ini adalah sejauh mana dapat amalkan Agama dengan sempurna.

Apa itu amalkan agama dengan sempurna?
Taat perintah ALLAH, ikut cara nabi S.A.W.

Kekuatan umat ini bermula daripada diri setiap orang.
Dari setiap keluarga dan Setiap lelaki bertanggungjawab atas keluarganya.

Sampaikan yang benar, walau 1 ayat.
(tak perlu menjadi terlampau pandai baru sedia untuk menyampaikan)

Hadis Nabi

Hendaklah kamu sentiasa memperbaharui iman kamu. Sahabat bertanya, Bagaimana Wahai Rasul? Rasul menjawab: Perbanyakkanlah menyebut Lailahailallah.

(Maksud perbanyakkan ucapan Lailahaillah disini ialah sentiasa mengucapkan dan menceritakan kebesaran ALLAH setiap masa dan keadaan)

Lihat, sahabat yang imannya seteguh Gunung pun diingatkan sentiasa memperbaharui iman mereka.

Cara paling mudah?

Yakin bahawa setiap perkara yang berlaku atas izin dan redha ALLAH.

Ubat tiada kuasa bagi sembuh, yang memberi kesembuhan adalah ALLAH.
Makanan tiada kuasa bagi kenyang, yang bagi kenyang adalah ALLAH.

Namun, sunnatullah memerlukan kita untuk berusaha. Bukan goyang kaki tanpa usaha.
(walau dengan nizam ALLAH berkuasa membuat sesuatu tanpa asbab)

Dan apabila perkara ini telah masuk ke dalam hati-hati kita, maka 'keupayaan' untuk berbuat kebaikan menjadi mudah. insyaALLAH.

Nampak simple kan? Cubalah lakukan.

.

(balik kepada entry merdeka)
Oleh itu, kemerdekaan ini.

Siapakah pemberinya?
(jawapan-ALLAH)

Maka bersyukurlah atas kemerdekaan ini.

Jika kamu bersyukur, maka akan kami tambahi nikmat kepadamu namun jika kamu kufur sesungguhnya azab kami teramatlah pedih


Maka, bersyukurlah atas segala nikmat yang diberikan.

Nikmat Islam, iman, negara, merdeka.
Semoga kita semua masih dalam rahmat Tuhan.

Merdeka. Merdeka. Merdeka!

*entry pendek pengubat rindu menulis saat kesibukan.

2 comments:

Admin said...

merdeka jiwa (:

student said...

merdeka rasa.

cemburu buta.

pada negara.

maju bangsanya.

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...