Mar 13, 2010

Minggu yang menyenangkan

Alhamdulillah. Bersyukur pada ALLAH atas segala nikmat dan kurniaan daripadaNYA.

.

.

.

Aku rasa tenang, gembira, happy minggu ni. Mengimbau beberapa minggu sebelum ni yang tidaklah seperti ini.

1.Cuti sekolah dah bermula. Bermakna guru pelatih pun bercuti juga!hoho.Walaupun minggu-minggu terakhir sebelum cuti aku disibukkan dengan 4 tugasan (B.Arab-2, P.Islam, P.Quran), berjaya juga dilunaskan tugasan tu dengan jayanya dan dapat bercuti dengan 'dada' yang tenang. Walaupun penat, tapi kepuasan dirasa! Almaklumlah, naik cuti ni kami (PISMP Sem 5) akan memulakan praktikum 1. Murid-murid SK Kajang Utama, tunggu kehadiran aku ok?

2.Keputusan SPM keluar dalam minggu ni. 1 family risau dan nak tau keputusan adik ke-3, Zaki. Dia ni masa nak ambil exam, puas dah kena bising dengan kami 1family sebab dia bukan jenis nak study pun. Habis sekolah, kat rumah tidur. Ah! penat nak cakap, penat nak bebel. Alih-alih (wujud istilah ni?) result 6A. Alhamdulillah, tersujud kesyukuran aku. Menangis atas nikmat yang kau berikan. Mungkin orang lain anggap, setakat 6A je bukan straight A pun kan? Tapi, bagi aku dah sangat lega. Aku risau, sebagai abang aku tegas atau garang pada adik-adik bukan sebab benci, tapi kerana sayang.


3.Lappy adik(syukri) aku dah siap dibaiki. Semalam aku pergi ambil kat Plaza Imbi. Pagi dengan petang tu printing tugasan, lepas asar naik KL. Fuh, penat! Tapi kalau tak amik semalam bila lagi nak ambik kan? Btw, alhamdulillah. setle gak setelah sebulan.

4.DrDetox berjalan dengan lancar. Erm, aku belum buat 1 entry khas pasal DrDetox ni rupanya. Memang aku ni betul-betul perasan sibuklah. hoho~.Takpe, cuti kat rumah ni aku ambil kesempatan membaca, menulis dan cari idea-idea best untuk marketing. Stok kat tangan dah habis, sekarang sedang menunggu stok kilang untuk minggu depan. Sambutan menggalakkan, alhamdulillah. Thnx 4 all!

5.Aku sedang berkawan dan memberi peluang pada orang lain membuat aku happy. Mula rapat dengan seseorangkah? Syuk, kau selalu bagi orang lain gembira, tapi diri kau sendiri macam mane? Ah, suara hati yang dah lama terpendam. Ada seorang hamba ALLAH ni bagitau aku, mengapa nak tolong orang lain sedangkan diri dia sendiri tidak ingin ditolong? Entahlah, susah nak digambarkan. Kekadang aku sendiri pun tak faham. Btw, aku mulai rasa tenang dan selesa buat masa ini. Syukur pada ALLAH, pintu hikmah mulai terbuka. Berdoalah padaNYA nescaya kan dikabulkan!

6.Naik cuti ni aku akan mula praktikum. Debaran terasa, tapi insyaALLAH aku yakin akan dipermudahkan. Perancangan cuti? Aku plan nak menghabiskan pembacaan beberapa buah buku. Whoa! Syuk, sejak bila kau perasan rajin nih? hehe.. Umur makin tua, makin banyak benda aku tak tahu. Lepas ni dah masuk dalam masyarakat. Rasa gementar dah mula timbul, solusinya? tambah ilmu di dada!

7.Apa lagi perancangan cuti ni? Disamping planning no 6 tu, aku ingat nak buat drafting untuk DrDetox, planning month by month. Fokus aku memang pada bahagian marketing dan sedang belajar sedikit demi sedikit tentang ilmu pengurusan. 2 bidang yang berbeza tu! Moga ALLAH sentiasa bagi aku idea-idea yang bombastik dan best!

8.Sebentar lagi aku nak balik Johor, cuti seminggu. Tapi, mungkin khamis depan dah ada semula kat Bangi ni. Jumaat-Ahad terlibat dengan persembahan Pekomperi di Bukit Jalil. Ah, sangat padat rasanya cuti ini!

Cukuplah dari aku. Ni catatan buat diri aku.

Jangan jadi kacang lupakan kulit... setinggi-tinggi burung terbang akhirnya pulang ke sarang jua..

Salam hormat buat semua!

2 comments:

Admin said...

tahniah buat zaki..
nk blanja mkan szling pn jauh sgt nk jmpe..
=)

student said...

yg jauh boleh didekatkan...nak seribu dayakan?kata dah khatam belajar ilmu terbang..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...