Feb 6, 2010

Aku sayang ayah!

Selamat Hari Lahir Ayah!!

.

.

.

Entry ini sepatutnya sudah dimasukkan beberapa hari yang lepas. Namun disebabkan 'jiwa kacau' dan ketiadaan kesempatan untuk mengadap blog ni membuatkan inaya tertangguh begitu sahaja.Hanya masuk dalam kolum draft kini baru dipublishkan

.

Photobucket

.

Argh...klise..itu sahajalah alasan kau Syuk dari dulu lagi, bila mahu berubah dengan memberikan alasan yang lebih baik ni..?hohooo..~

.

.

Apakah yang ingin dikatakan tentang ayahanda ku?

Beliau merupakan ayah dan bapa yang hebat bagiku.

.

.


Mengajar aku menjadi manusia. InsyaALLAH manusia berguna.

.

.

Aku ingat lagi, dulu selalu kene rotan. Ayah selalu pesan, aku anak sulung. Kene beri contoh terbaik buat adik-adik. Aku selalu teringat, kata-kata yang ayah selalu ulang apabila aku nak duduki peperiksaan.
Hadiahkan kecemerlangan buat diri sendiri, bukan untuk ayah, bukan untuk ibu. Tapi untuk diri sendiri!


Erm.. Aku rasa sebak sekejap.

.

.

Ayah seorang peniaga. Ayah kerja seorang. Peniaga pasar malam je. Jual buku.
Ibu tak kerja. Lepas Arif (adik no 6) lahir, ibu berhenti kerja.

Masa aku belajar kat Johor, petang-petang lepas sekolah boleh juga lah aku tolong ayah.

Agaknya, dari situlah minat aku dipupuk pada berniaga.
I
bu kata, aku banyak ikut macam ayah, aku ikut ayah niaga dari dalam perut ibu lagi katanya..haha..

.

.

Ayah biasa hidup susah.
Alhamdulillah, setiap kesusahan akan ada kemudahan dan hikmah disebaliknya
Cita-cita ayah nak buka kedai tertunai juga.

.

Masa Kota Tinggi dilanda banjir, saat itu ayah sedang menunaikan fardhu haji. Rumah kami tenggelam hampir 8 kaki. Habis semua stok-stok barang rosak. Van dan kereta turut tenggelam.

Duit dah memang takde masa tuh. Tapi, hidup perlu diteruskan. Kawan-kawan ayah membantu. Ayah berniaga atas kepercayaan orang. Kawan-kawan yang dah lama sama-sama niaga, sedia untuk modalkan. Ah, mulianya mereka. Membantu saat ayah kesusahan. Semoga mendapat rahmat dari ALLAH hingga ke Akhirat hendaknya.

.

.

Aku anak ayah. Aku, Syukri, Zaki, Siti, Zahiruddin, Arif sume anak ayah! semua sayang ayah!

.

Ya, aku susah. Aku cuba jadi macam ayah. Aku belajar hidup susah. Aku belajar untuk ringankan beban keluarga. Aku belajar untuk hidup, aku belajar untuk memberi!

.

.

Aku sayang ayah.
YA ALLAH , kau rahmatilah kehidupan keluargaku dari dunia sampai akhirat.

.

Photobucket
.


.


*Erk, nanti kalau aku bergelar ayah macam mane pulak ye rupenyer??! Aku boleh menjadi ayah yang baik juga?;)


5 comments:

Dolmar Desserts said...

Tepuk tangan untuk semua ayah di dunia! sayang ayah!;)

student said...

tepuk tangan kuat2 yer...;)

avid said...

satu benda gua respek golongan bapak ni...muka tenang je, gelora dalam hati camne nak cari duit tu sape je tau..

btw, keep writing. love 'em.

student said...

avid;

yes bro, thats right..
menunaikan tanggungjawab tanpa kesal..dimana ada kesusahan disitu ada kesenangan!

thnx bro, keep reading k..;)

norfaridahanum said...

insyaAllah=) anak lelaki kalo slalu look up kepada ayh dia,akan jadik mcm ayah dia.

*rindu ayah sy jugak*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...