Apr 25, 2009

Tahu, Mahu, Jihad



Manusia ditaklifkan dengan untuk tiga perkara. Menjadi a'bid iaitu hamba, daei' iaitu pendakwah dan menjadi khalifah iaitu penjaga alam ini.

Hampir semua orang tahu perkara ini. Sebahagian dari mereka mahu untuk menjalankan tugas-tugas tersebut. Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermujahadah (jihad) untuk melakukannya.

Kita tahu dosa itu tidak bagus. Kita mahu untuk menghindari dosa. Tetapi sejauh manakah kita bermujahadah untuk menghindari dari dosa? Sengaja persoalan tersebut ditinggalkan untuk difikirkan.

Banyak manusia tahu qiamullail itu baik. Ramai juga mahu melakukannya. Tapi mengapakah kita susah sangat untuk bangun qiamullail.

Kita tahu solat jemaah itu dapat 27 kali ganda. Kita juga mahu mengutip sebanyak pahala untuk bekalan kita di hari akhirat. Tetapi, mujahadah untuk ke masjid? Sangat-sangatlah kurang.

Kita tahu dakwah itu wajib atas umat Islam. Kita mahu untuk berdakwah. Tetapi mengapakah kita susah sangat untuk bermujahadah untuk berdakwah?

Wahai sahabatku, tahu tanpa amal, bagaikan pokok yang tiada buah. Amal tanpa jihad sia-sia. Pentingnya jihad bukan di medan perang sahaja, tetapi di medan nafsu dirimu juga.

Kekuatan umat Islam bukan hanya terletak pada ketinggian ilmu, keazaman yang tinggi, tetapi semangat mujahadah yang tinggi juga.

Tapi mengapalah jihad menjadi perkataan yang sensitif??


rujukan: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1583

CETUSAN STUDENT: Apakah maksud jihad? Jika kita buka kamus, kita akan dapati maksud sebenar jihad adlah 'bersungguh-sungguh'. Berasal drpd 'jahada'.

Mengapa dirasakan tiada kekuatan untuk beramal?Nak ke masjid/surau rasa malas. Bangun subuh pun payah. Ni semua sebab tiadenye kekuatan iman. Bukti iman kuat, senang buat amal. Bukti iman lemah, sukar payah dan berat untuk buat amal.

Marilah kita sama-sama 'terjun' ke dalam usaha atas iman dan amal. Semoga saya dan kita semua dapat amal dan sampaikan


1 comment:

Anonymous said...

ana sangat tersentuh dgn kata2 ini. terima kasih, walau dgn kata2 yang mudah tapi semangat ana pulih. mungkin rasa sedikit terkilan, kerana hanya segelinir sahaja yang akan tersentuh... beramal mgkin lagi sedikit. Insya'Allah ana akan terus berjihad menegakkan kalimah Allah selagi nyawa dikandung badan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...