Feb 13, 2009

CINTA + cinta

Bismillah,

Cinta..begitu mudah diungkapkan? Entahlah..Lesu.Lusa 14Februari, anak-anak muda (mudakah aku?)bnyknye menyambut 'Valentine Day', aku rasa terpanggil untuk membuat entry berkisar mengenainya..Tak perlulah ku ulangi lagi apakah kemaksiatan yang terjadi dikala sambutan itu dibuat kerana aku yakin semua sudah maklum kemaksiatan yang mungkin terjadi. Mengapa hal ini terjadi? Cinta, Valentine...kaitannya...? Perihal cinta diungkapkan di hari itu?


Sebelum aku pergi lebih jauh lagu, marilah kita sama2 semak apakah yang ditulis oleh SaifulIslam dalam buku 'Aku Terima Nikahnya';

" Cinta vs. CINTA

Cinta kecil itu adalah kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatin, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa cinta seorang anak kecil kepada kura-kura peliharaannya lebih mulia daripada cinta keliru ini, kerana sekurang-kurangnya si anak kecil itu akan memberi makan, berbual dan membersihkan akuarium kura-kuranya, sedangkan cinta keliru antara dua anak muda ini tanpa mereka sedar hanyalah sekadar untuk melayan gangguan emosi yang sunyi barangkali...juga tanpa sedar kedua-duanya sedang merancang untuk saling merosakkan antara satu sama lain.


CINTA sebenar itu harus terbit daripada emosi dan naluri fitrah manusia...namun ia lahir juga dengan sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta itu, tanggungjawab yang mengiringi cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaaan cinta seperti ini. Cinta yang ada 'sense of begin with the end in mind'. "


Mengapa cinta wujud dan bukannya CINTA? aku terkedu memikirkan... mudah untuk dikata...sukar nak digambarkan...

kerana jiwa kosong, iman tiada... maka yg lain2 mengisi jiwa..

"Apabila sunnah tidak diamalkan, maka bidaah akan mengambil tempat!"

Tak perlu berdegar melaungkan slogan yg bermcm2 sifatnya, marilah kita sama2 jaga solat Jemaah kiter...jaga iman kiter...die ust ker...ckgu ker...imam al-hafiz ke...sume kene jaga iman... jazakallah..

6 comments:

BaBbliNg BaR0nNESs said...

Assalammualaikum..

huhuu, sj nk mnyebok..
beza sgt org skrg n dulu
bebudak skrg tlalu mengagungkan cinta palsu
yuh, cinta palsu..
krna jika btukar-tukar buayafren or gelifren, cinta sejatikah itu???
tainted love..

org dulu, xbercinta, tp kekal smpai ke tua..
org skrg, berchenta bgai nk rak..
akhirnya kureng memuaskan...
krna hub 2 xmndapt kredhaan Allah..

~to love Allah is d greatest love,
as He loves you more than you'l ever dream of~

student said...

~cinta melawan hawa nafsu..
susahnyer..lidah yg berkata pling sukar nak dijaga...~

Nur Humaira said...

salam alaik. nampak macam bulan febuari ni bulan "cinta" ja...moga ini PermulAan bulan Cinta Pada Yang Esa

Unknown said...

kalau cinta kita kepada ALLah begitu kukuh dan ikhlas...
insyallah...ALLAH akan anugerahkan dan pertemukan kita dengan 'cinta' yang telah diciptakan untuk kita..

masa pertemuan dan perkenalan, siapa dan bila bukan sebab menentukan untuk kita bahagia,
tapi cinta kita kepada ALLAH lah yang menentukan kebahagiaan hakiki...

student said...

saya teringat pd kata-kata seorg alim..

islahkan diri kita, insyaALLAH diwaktu yg sama ALLAH sedang islahkan diri pasangan kita..

moga saya dapat amal dan sampaikan...

student said...

-->nilam

tetiap tahun..tetiap bulan..tetiap hari..bulan tuk jaga CINTA..

moga dapat amal dan sampaikan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...