Jan 19, 2009

Qunut Nazilah

Dalam sebuah hadith menceritakan bahawa Rasululah membaca Qunut sebulan penuh kerana kabilah bani salim, ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah yang mengaku memeluk islam dan meminta kepada Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru untuk mengajar mereka, telah dibunuh oleh mereka.



“Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya.” (Direkodkan oleh Abu Daud dan Imam Ahmad)


Disamping itu, Imam Syafi'i rahimahullah berkata:

"Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).


Doa Qunut Nazilah tidak ada penetapan, kerana sebarang doa boleh dibaca selagi ia masih dalam bahasa arab. Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat orang yang aneh dan tertolak, serta menyelisihi jumhur ulama. (Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.)


Panduan Qunut Nazilah


ERTI DOA QUNUT NAZILAH


Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.


CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca


سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ.


Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja.
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .


Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.


Antara doa yang selalu dibaca:


اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِ أَعْدَاءِنَا، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلابِكَ، يَا قَهَّارُ يَا جَبَّارُ، يَا مُنْتَقِمُ، يا الله، يا الله، يا الله،

اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ .

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.

Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...