Nov 7, 2010

Lambaian Zulhijjah


Apabila menjelang Bulan Zulhijjah, berbondong-bondong umat Islam serata dunia akan mengunjungi Baitullah di Mekah bagi menyempurnakan Rukun Islam yang Kelima iaitu menunaikan Haji. Umat Islam berhimpun dan melakukan ibadah Haji tanpa mengira darjat dan pangkat. Semuanya kelihatan sama dalam pakaian ihram yang berwarna putih simbolik pada pakaian apabila dipakaikan saat bertemu Allahu Subhanahu Wa Taala ketika nyawa dicabut dan terpisah daripada jasad. Maka, bagi umat Islam yang berkemampuan, diwajibkan atas mereka untuk menunaikan ibadah Haji.


Amalan sunat bulan Zulhijjah:


1. Berpuasa sunat dari 1 - 9 Zulhijjah. (Amat ditekankan agar dapat berpuasa pada 8 dan 9 Zulhijjah jika tidak mampu)

2. Menyembelih binatang korban pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyriq.

3. Bertakbir pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyriq.

4. Berpuasa sunat pada hari terakhir bulan Zulhijjah.

5. Membaca doa akhir tahun sebelum terbenam matahari hari terakhir bulan Zulhijjah.


Marilah kita sama-sama berdoa agar diberi kekuatan oleh Allahu Subhanahu Wa Taala agar dapat melakukan sebanyak mungkin ibadat sunat yang dituntut. Jika tidak dapat dilakukan kesemuanya, jangan ditinggalkan kesemuanya. Amin Ya Rabbal Alamin.



p/s: Jom pakat-pakat berpuasa 1-9 Zulhijjah. Ianya jua adalah sebagai tanda meraikan orang yang pergi haji..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...