Jun 23, 2010

Saya tak faham.

Saya tak faham.
Betul, saya tak faham dengan kamu.
Kamu diam. Berterusan diam sahaja.
Mesej tidak berbalas, Panggilan tidak diangkat.

Saya ada buat apa-apa kesalahan?
Jika ada, bagitau sahajalah. Berterus-terang.
Saya boleh dibawa berbincang.

Jika mau, katakan mau.
Jika sudi, katakan sudi.
Jika tidak jawapan diberi.
Apa erti semua ini.

Jika berdiam diri.
Saya jadi tak tahu, apa yang berlaku.
Risau, tergamam, pelik, dan tak faham.

Jika berterusan begini, tiada penyelesaian.

Harapnya, penyelesaian terbaik menjadi pilihan.

3 comments:

Kujie said...

mcm style kak jie je
suka diam bila protes
sampai abg cakap - dia salah pun dia minta maaf, kak jie salah pun dia minta maaf
sebab tak tahu apa punca bila diam

kadang2..diam sebab
kita dah bercakap berulang
tapi masih berlaku lagi perkara yg sama

jadi diam...:D

sebiru hari ini said...

bersabar yer...

student said...

kakjie:
kadang-kadang, kita tak tau apa salah kita. apabila tiba-tiba diam tanpa cerita, tenggelam punca juga jadinya..;)

degree student:
Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...