May 18, 2010

Dunia senang faham susah dapat

1.Apa maksud dunia senang faham susah dapat. Akhirat susah faham senang dapat. Ada sesiapa yang tahu?

2.Kereta Mercedes yang mahal sedang berlalu dihadapan kita. Semua orang tahu benda tu mahal kan? Semua orang faham kan? Tetapi senang tak nak dapat?

3.Barangsiapa yang bersedekah dengan ikhlas, walau sebiji tamar sekalipun dengan kuasa ALLAH pahalanya akan dilipatkandakan sehingga setinggi Bukit Uhud. Susah nak faham kan macam ne boleh berlaku, tapi bila beramal kebaikan senang-senang je boleh dapat. Mengapa susah faham, perlu faham ke? Tapi yang pasti bila DIA janji pasti dapatkan?

4.Kuliah maghrib 2 3 hari lepas(lupa hari apa). Pengkuliah bagitau, sekarang ni musim exam semua pakat study. Sungguh-sungguh. Sampai ramai tak dapat jaga lagi berjemaah 5 waktu. Dengan 'ayat pancung' dia bagitau
Tiada keberkatan bagi sesiapa yang meninggalkan jemaah keran disibukkan untuk peperiksaan semata-mata

Bagi aku, disini lah keperluan pemahaman hakikat ilmu bagi seorang muslim.

5.Hakikat ilmu ialah, seseorang itu mengetahui apa keperluan yang paling perlu pada waktu dan keadaan tertentu untuk mendapat redha ALLAH. Contoh, seseorang itu sedang belajar. Kemudian mendengar azan dilaungkan menandakan telah masuk waktu solat. Jadi manakah keutamaan?

6.Mafhum hadis Nabi;

Barangsiapa mahukan dunia dengan ilmu, barangsiapa mahukan akhirat dengan ilmu, dan barangsiapa mahukan dunia dan akhirat juga dengan ilmu.

7.Ilmu perlu disulami dengan tawadhu'. Hak ilmu bukanlah untuk mendabik dada. Hak ilmu adalah untuk diamal, dan disampaikan. Ilmu sebagai penghilang kejahilan dan menyuluh kegelapan. Jika orang berilmu menjadi sombong, maka tiada bezalah dia dengan iblis laknatullah kerana sebelum dia 'dibuang' daripada posisi malaikat dialah orang paling hebat ilmunya. Nauzubillah.

8.Ilmu perlu dengan keyakinan. Manfaat dan mudharat adalah ujian. Para sahabat, dengan keyakinan pada zat ALLAH penuh percaya pada semua firmanNYA dan hadis Nabi. Terus beriman dan berimal tanpa banyak soal.

9.Dengan usaha dan keyakinan para sahabat, Agama sampai ke pelusuk dunia. Sahabat bertebaran ke seluruh alam. Dengan usaha pengorbanan sahabat, Agama sampai pada diri kita. Alhamdulillah. Ada potensi tak untuk sampai juga kepada anak-anak dan cucu-cicit kita?

10.Cukup dulu. Moga aku sendiri dapat amal. Moga semua dapat amal dan sampaikan juga. Jazakallah. Wallahualam.

2 comments:

Kak Amy said...

salam ziarah..1st time berkunjung di sini,nice blog..amy just follow ur blog..pasni leh la amy selalu berkunjung di sini,klu ada masa jemput la ke blog amy..salam kenal ya..

student said...

waalaikumussalam.
Terima kasih atas ziarah.
Salam kenal dan selamat datang lagi..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...