Apr 12, 2010

Lagi-lagi buang bayi...




Mayat mangsa dibungkus dengan surat khabar ditemui kakitangan MDHS


KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam.

Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannya di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata mengikut keterangan pekerja MDPH itu, ketika mengangkat tong sampah ke dalam lori, satu plastik yang didalamnya dibalut dengan surat khabar jatuh berhampiran kakinya.

“Pekerja itu mengangkat bungkusan berkenaan yang disangkanya sampah, sebelum terkejut melihat sebelah kaki bayi yang terjuntai daripada balutan surat khabar dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Norel berkata, susulan maklumat diterima, pihaknya menghantar sepasukan anggota polis, termasuk unit forensik ke tempat kejadian dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat.

Katanya, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi itu berkemungkinan dilahirkan ketika berusia lapan bulan berdasarkan keadaannya yang cukup sifat.
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek meletakkan bayi yang tidak berdosa itu dalam longgokan sampah lewat malam tadi (kelmarin) bagi mengelak dikesan penduduk di sekitar berdekatan.

“Polis percaya, bayi itu meninggal ketika proses kelahiran dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran menyebabkan kematian.

Sementara itu, Mohd Kamil berkata mulanya beliau cemas melihat bungkusan berkenaan, namun memberanikan diri untuk membukanya.

"Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan. Selepas dibuka keseluruhan pembalut itu, saya sebak dan menggigil. Bayi itu masih bertali pusat dibuang bersama urinya,” katanya ketika ditemui di kawasan itu.

Beliau kemudian meminta bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempat kejadian untuk menghubungi polis.

Berita tamat.

.

.

.



Akhir-akhir ni nampaknya makin menjadi-jadi kes seumpama ni. Sudah hilang perikemanusiaan dan rasa bertuhankah dalam diri umat ini?

Ini baru berita yang dapat dirungkaikan di media massa. Yang berada di belakang tabir? Yang tak sempat masuk akhbar? Yang tak sempat nak masuk dalam senarai catatan? Aku percaya, banyak lagi kes-kes sebegini di luar sana.

.

.

Imbas kembali.

Saya dah hilang keyakinan diri, saya tak tahu lagi nak buat macam mane dah. Alangkah seronoknya kalaulah ada mana-mana ustaz yang boleh bagi kata-kata semangat buat saya. Yang dapat bagi kata perangsang nasihat berharga buat saya.



Ah! kenapa pula ni, sahabat aku seorang ni nampak benar-benar ada masalah besar?

.

Sambung cerita.

Rin(bukan nama sebenar) dah mengandung 7 bulan ni. Rin dah tak tahu nak buat macam ne. Lelaki (wajarkah dipanggil lelaki?) yang 'buat' benda ni kat Rin janji kata nak bertanggungjawab, tapi sampai sekarang langsung tiada khabar berita. Janji tinggal janji je. Rin rasa, nak gugurkan je kandungan ni Syuk. Rin tak sanggup lagi nak tanggung, malu pada mak abah!


Menggigil aku tatkala menerima perkhabaran ini. Kelu. Blank seketika.
Menggigil bukan kerana marah. Suatu perasaan yang sukar digambarkan!.

Ok, Rin bertenang. Petang ni lepas habis kelas Syuk pergi tempat Rin kita bincang cari penyelesaian terbaik ye.


.

.

Petang itu.

'Kejadian tu' berlaku sekali je. Tapi atas sebab kesilapan sekali tu Rin rasa menyesal seumur hidup Syuk. Tolong Syuk, bagi nasihat kat Rin apa yang perlu dilakukan.


Aku yang tiba petang tu bersama dengan seorang lagi sahabat aku tak dapat menahan rasa sebak didada. 8 mata petang itu. Aku bersama dengan sahabtku, Rin bersama dengan teman rapat kepercayaannya. Nampak wajah kekesalan pada Rin. Sejak 'kejadian' tu juga Rin menurut teman rapatnya, Rin mula jaga solat, jaga Quran, jaga amalan-amalan ifradi. Nampak keinsafan dalam diri dia. Manusia tak dapat lari daripada kesilapan Rin. Cuma yang membezakan antara manusia itu samada sentiasa memperbaiki diri selepas melakukan kesilapan atau berterusan tenggelam dalam kesilapann yang dilakukan.

Atas dasar kepercayaan yang diberikan, aku mencuba yang terbaik. Selayaknya, aku bukanlah yang terbaik untuk memberi nasihat. Tapi, atas dasar kawan dan sayang sesama umat aku cubalah semampunya.

Menurut Rin, tak ramai yang mengetahui masalahnya ni. Namun, dia mula rasa rendah diri. Di kuliah pun, rakan-rakannya mula lihat kemurungan dalam diri Rin.

Aku cuba merujuk hal itu kepada Talian Nur atas izin Rin. Aku sebaiknya tak mahu memusnahkan kepercayaan yang diberikan kerana bimbang apabila kepercayaan ni dikhianati tak mustahil Rin akan buat perkara-perkara diluar akal kewarasannya.

1temujanji dibuat di Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Alhamdulillah, JKM sedia membantu. Sedia menyediakan tempat untuk Rin melahirkan anaknya. Cuma, masalahnya sekarang adalah untuk mendapat pelepasan dari IPT tempat pengajian Rin.

Buntu seketika.

.

.

Tanpa pengetahuan aku, rupa-rupanya 'sahabat' aku tu dah bukak crita benda ni pada seorang ustaz. Ustaz ni turut mengajar ni IPT Rin. Aku serba salah apabila dimaklumkan hal ni. Tapi, benda dah berlaku, 'sahabat' ni pun dah cerita, apa lagi aku nak kata? kan???

Pada mulanya aku mengharap, 'ustaz' ni akan memberi kerjasama dan menunjukkan jalan keluar yang terbaik. Rupanya, harapan aku tinggal harapan sahaja. Emosional. 'Ustaz muda' mungkin? Rin dipanggil, provokasi dimulakan. Rin yang pada mulanya tenang dan sudah boleh menerima kenyataan setelah mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada JKM dan sahabat-sahabat yang 'memahami'nya mula down kembali. Kisah lalu diungkit. Apa semua ni? CUKUPLAH! Aku nak jalan penyelesaian, mahukan jalan keluar. Benda dah jadi, Rin dah mula insaf, mula nak berubah takkan tak boleh terima?

Namaku turut dipetik. Mengapa orang luar dulu yang tahu perkara ini dipersoalkan. Hei, takkan tak dapat jangka jawapannya. Perasaan takut, serba salah, buntu takkan lah nak buka pekung pada sesapa sahaja. Nah! lihat sendiri, 'tuan' baru sahaja tahu 'perkara' ini 2 3 hari dah 'meletup' macam ni. Tuan boleh dipercayai? Aku simpan, berfikir, cari jalan keluar bukan main lama, tuan baru seketika dah meletop! Tolonglah, benda dah jadi... benda dah jadi... hurmmm.. Tolonglah rasional.

.

.

Sekarang, Rin diberi pelepasan oleh IPTnya. Digantung, tanpa kata putus. Namun dilarang untuk dirujuk pada JKM. Waris dipanggil. Perlu pulang ke rumah.

.

.

Syuk, mengapa sedikit demi sedikit kau mula bercerita? Entahlah.. Aku rasa tak mampu nak tanggung lebih lama lagi di 'dalam' ni.

Wahai sahabatku sekalian, jadilah hamba yang bertakwa. Berlapang dada, bersabar. Mungkin harini itulah ujian buat Rin. Ujian buat kita? ALLAH sahaja yang mengetahui.

Inilah realiti harini. Kebanyakan cerita 'lebih kurang sama'. Cuma watak dan pelakon mungkin membezakannya. Buat Rin, jangan putus asa. Macam apa yang Syuk selalu bagitahu, banyakkan berdoa. ALLAH bersama-sama dengan orang yang sabar menghadapi segala ujian daripadaNYA. Kesilapan lalu, jadikan pengajaran. Jangan sesekali ulangi. InsyaALLAH, ramai teman-teman yang akan support Rin untuk teruskan kehidupan.

Jangan rasa diri tak pernah berdosa. Apabila seseorang pendosa itu bertaubat atas dosa-dosanya, maka ALLAh akan mengangkat darjatnya lebih tinggi daripada orang yang tidak pernah bertaubat. Merasakan diri sentiasa berdosa itulah sebaik-baik umat!

.

.

.

.

Rin, Syuk mintak maaf. Syuk dah cuba semampu yang Syuk mampu.

Berkasih sayanglah sesama insan dengan cara yang halal~

.

.

Ada sesapa sudi jadi halal buatku? Berapa lama perlu kutunggu jawapanmu wahai ********?

Cukuplah dulu. Aku tak sanggup bercerita lagi!




*Jangan sesekali tanya aku Rin tu siapa dan dimana dia sekarang. Ini sememangnya kisah benar. Pengajaran tetap pengajaran. Pelajaran terbaik sememangnya daripada sekolah kehidupan. Terima kasih.

7 comments:

student said...

waalaikumussalam..
syukran atas ziarah tuan. saya amat-amat hargainya...=)

terima kasih atas perkongsian daripada tuan, benar firman ALLAH itu dan benar jua segala sabda nabi..=)

semoga saya dan tuan sentiasa mendapat rahmat, keampunan, dan salam kesejahteraan daripadaNYA. Ameen..=)

alaikassalam.. jazakallah..

Peluncur Islam said...

ya Allah... sebenarnya ana menitis air mata bila dengar cerita terbaru ni.. first tengok kat berita tv kelmarin.. cian rasanya...

semoga Allah bagi hidayah kepada semua..

kena bnyk doa lagi dan lagi.. usaha dakwah kena berterusan...

ZaieDaN said...

apa nak jadi la dgn manusia zaman skarang neh...bawak2 la insap...orang lain susah nak dpt anak...tpi korang yanga senang dpt ni asek buang jek....justeru itu..hindarilah zina...

student said...

@peluncur
benar tuan, ana pun kelu. tak terkata. adakah ini bala apabila usaha agama dipermain-mainkan?
semoga kita semua dapat istiqomah dalam usaha agama dan amal agama sehingga agama berterusan dalam diri kita! wallahualam.
*teringat ada eldest btau, suasana harini dah umpama zaman mekah dulu. waktu dulu berhala nmpak untuk dipecahkan..sekarang??huu~

student said...

@ZaieDan
semoga kita semua dapat amal dan sampaikan..insyaALLAH.

ni ujian buat 'dia'. buat kita?

Admin said...

sedih..
bila nafsu mneguasai diri.

namun yg berlaku tu, biarknlah..
cipta ruang kesempatan tuk diperbaiki,
bkan mnghukum kn syuk..

kte jg punya khilaf yg tsndiri,
rin perlu dberi peluang..

student said...

sukarnya memegang sebuah kepercayaan..hurmm..

yup..benar ayu..Rin perlu diberi kepercayaan...

siapa manusia untuk menilai manusia???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...