Mar 19, 2010

Selamat Ulangtahun ke-22 Syuk!

Mood:tenang,sejuk kerana hujan sedang turun
Emosi:gugup,berdebar-berdebar

.

.


3 hari lalu adalah Ulangtahun kelahiranku yang ke-22.

Alhamdulillah, Tuhan masih memberiku peluang untuk hidup di dunia ini. Tiada jaminan yang pasti untuk aku masih boleh menyambut ulangtahun ke-23 dan seterusnya.. bahkan jaminan untuk esok pun belum tentu ada. Maha suci ALLAH padanya tersimpan segala pintu hikmah.

Bertenang, Berfikir, dan Bertafakur seketika.

.

.

.

Terima kasih ayah, ibu, dan keluarga. Masih segar ucapan ibu saat aku 21 tahun. Usia ini adalah penentuan untuk mencorakkan diri. Memacu ke arah kebaikan atau sebaliknya. Nah! sekarang aku sudah 22. Ke arah yang tepatkah pacuanku?

.

.

Terima kasih diucapkan buat semua sahabat-sahabat yang sudi wish kepadaku. Tak kira lah samada menerusi sms, telefon, facebook atau pelbagai cara sekalipun. Aku amat-amat hargainya. Terima kasih semua! Aku doakan semoga kalian mendapat kebahagian dan ganjaran pahala daripada Maha Pemberi Pahala.

.

.

.

Usia meningkat. Aku mengimbau dan mula muhasabah diri. Apakah sumbangan diri ini selama aku hidup? Ah! malu rasanya. Fizikal, mental sihat namun sudah optimumkah penggunaannya untuk Agama dan Bangsa? Usaha agama semester ini rasa lemah sangat. Erm, adakah ini asbab kepada semua persoalan dan ujian yang aku rasa sekarang?

.

.

Melihat Syuk 2 3 tahun yang lalu, membuat aku senyum sendirian.haha... Tak disangka sampai begini perjalanan hidup aku. Aku akui, walaupun aku adalah bakal pendidik kecenderunganku sememangnya pada bidang networking dan bisnes. Salah ke? Bagi aku, ianya adalah umpama sekolah kehidupan dan aku belajar terlampau banyak perkara dengannya..terlampau banyak. Mungkin inikah hobi? dan aku dapat rasakan kepuasan dari sana, jatuh... bangun.. tergolek... bangkit semula.. Ah, itu biasa...
Tidak salah rasanya, aku dapat belajar menjadi lebih matang daripada sekolah kehidupan ini.

Aku mengenal apa itu pengurusan kewangan melalui Pakdi. Belajar menerusi CashFlow board game, mengenal diri dan belajar cara ingin keluar dari RatRace! Rupanya teori jauh sama sekali dengan praktikal..Apabila kau sudah 'tumbang', barulah kau percaya dan mengerti untuk aplikasi segala yang dipelajari.

Tatkala kau dipuncak roda, tak rasa akan jatuh kan?Hakikatnya, roda sentiasa berputar dan sampai masanya kau akan dibawah semula. Berada diatas untuk melihat bawah, berada dibawah untuk memacu keatas. Saat inilah aku kenal Pokli. Bertandang dan ziarah kerumahnya. Berkongsi cerita. Mendengar pengalaman. Mengutip kisah kehidupan. Kagum. Aku malu sebenarnya. Aku hanya seorang anak muda yang jahil dan baru mengenal dunia. Dari dialah aku belajar apa itu OD.. Apa itu emas.. Bagaimanakah cara menyimpan yang terbaik. Belajar dari kesilapan kan? Tak rugi. Apabila kau berada di puncak roda semula kau akan ingat, insyaALLAH akan ingat. Kesakitan itu perlu supaya kau menghargai kemanisan.

.

.

.

ALLAH sentiasa mengkabulkan doa hambanya yang meminta. Doa paling makbul adalah doa ibu bapa. Pasti makbul. InsyaALLAH.

.

.

.

Di saat ini, disamping memikul tanggungjawab sebagai pelajar untuk belajar. Tanpa disangka aku turut belajar untuk mengurus. Kekadang rasa tertekan juga, tapi jumpa kepuasan disana. Siapa sangka, aku sedang memasarkan DrDetox buat masa ini? Rezeki ALLAH yang pegang kan? Jika dulu, aku bekerja untuk orang lain..kerja untuk company orang.. Tapi kali ini, aku yang perlu mencorakkan sendiri. Semoga ALLAH membuka pintu rahmah seluas-luasnya..semoga dipermudahkan segala urusan dan keperluan hingga akhirnya. Aku ingin menebus maruah lalu yang sedikit tercalar! Aku malu pada diriku sendiri.

Harapan di umur yang menginjak ke-22 ini, aku berdoa ingin menjadi lebih kuat lahir dan dalam.
Semoga dijauhkan daripada sifat-sifat nifak, menjadi mukmin yang berguna, dijauhkan daripada penyakit-penyakit hati dan rajin memberi. Hidup ini untuk memberi kan?

Salam hormat buat semua, jika ada salah silap aku selama aku hidup 22 tahun ni aku mintak ampun, mintak maaf banyak2. Aku memang lemah, jahil dan penuh dengan kesilapan!



***********

*
Terima kasih buat sahabat yang dah lama tidak menghubungi yang sudi mengucapkan salam hari lahir dan terima kasih yang tidak terhingga buat sms 'rumput'. Seriously, aku tergamam seketika saat membacanya. Lagu background pun amat best! Sememangnya hadiah ulangtahun yang tak dapat aku lupakan.

**Entry kali ni memang bersifat peribadi, Syuk menulis dari hati..haha..;p

***entry paling lama untuk ku taip...huhuu..

***Btw, hepy besday Syuk..dah besar kau rupanya..:)

2 comments:

Nur Humaira said...

memang syuk da besau pun..huhu~~

Anonymous said...

semakin mendekati ajal :) moga dimurahkan rezeki..berjaya dan bahagia dunia akhirat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...