Jan 16, 2011

Perlu marah apabila sentiasa berselisih faham?



"Manusia ni kebiasaannya akan rasa tercabar apabila haknya diambil tanpa rela."


"Dan lebih-lebih lagi rasa tercabar apabila rasa dirinya umpama tidak dihargai"..

Pagi tadi saya menonton siaran TV9 slot Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Amin. Tajuknya ialah berkaitan hubungan lelaki dan perempuan.. jua lebih tepat lagi mengenai mengenai hubungan suami dan isteri.

Banyak sangat manfaat yang saya dapat. Terdapat jawapan dalam pelbagai perkara yang menyerabutkan saya akibat perbezaan personaliti antara saya dengan si dia. Hikmah, ilham dan petunjuk daripada DIA? Mungkin. Kita hamba, tak lari daripada sentiasa diuji. Yang paling penting, jangan sesekali pernah berputus asa.

Antara susunan perkataan yang paling saya ingat ialah,

Apabila kamu ada berselisih faham tentang sesuatu hal.. Maka kembalilah pada Allah


Apakah maksud kembali pada Allah?

Perbetulkanlah kembali hubungan kita dengan-Nya. Moga-moga hubungan kita sesama manusia akan dipermudahkan oleh-Nya.

Akibat salah faham.. tuduh menuduh, perli memerli adalah tindakan yang dibuat akibat rasa sakit hati yang tidak diubati. Berasa puas dengan perlakuan itu? Tidak. Pastinya tidak sama sekali. Jika ada kepuasan pun dengan tindakan itu, ia bersifat sementara.. kerana perlakuan-perlakuan itu dibuat hanya kerana ingin memuaskan nafsu amarah. Nafsu amarah datangnya daripada syaitan. Dan pastinya, syaitan akan bergembira apabila melihat apabila 2 insan yang dulu berbaik kini bergaduh saling mengata antara satu sama lain.


Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, Maka cacilah diriMu sendiri kerana celamu lebih banyak lagi darinya.. - Wasiat Umar Al-Khattab


Lantaran itu bagaimanakan caranya ingin memperbetulkan keadaan itu?
Bagaimana pula, jikalau kita sendiri tidak berpeluang untuk memperbetulkan semula salah faham tersebut? Apabila..segala saluran yang ada sebelum ini disekat, dia tak dapat dihubungi.. tampak sudah tekad ingin meninggalkan pergi.. turut bersama meninggalkan pergi adalah tindakan paling tepat?

Tidak. Selagi hati ini belum memperbetulkan perkara yang menjadi punca utama kekecohan. Berasa sangat zalim pada diri sendiri jika tidak berpeluang memberitahu semua hal sebenar yang menjadi punca utama kepada segala kekusutan dan kekecohan.

Selepas itu? Terpulanglah pada dia untuk menilai mana yang betul, mana yang benar. Mana yang salah, mana yang silap. Saya sudah habiskan bahagian saya, terpulang pula di bahagian kamu untuk menilai. Dalam hati ada rasa mengharap, namun sebesar pengharapan digantung hanya pada-Nya.



P/s: Nasihat dan kata-kata yang datang dari hati, tempat jatuhnya adalah hati. Kata-kata.. amarah yang datang daripada nafsu, tempat jatuhnya nafsu jua..

P/s: Orang yang marah kata-katanya tidak perlu diambil hati. Apabila orang marah-marah, senyumlah.. rasional bila dimarah.. apabila yang dimarah pun turut emosional.. maka, tiada mana-mana pihak pun yang akan untung..




HARGA flet adalah RM200 000 menjelang 2015?

RM200,000! Itulah unjuran harga jualan semula sebuah rumah flet kos rendah di bandar utama negara ini di pasaran terbuka, dalam tempoh sekurang-kurangnya empat tahun lagi.

Anggaran kenaikan harga sehingga 400 peratus berbanding hanya di bawah RM50,000 sekarang adalah berasas jika mengambil kira harga jualan semula dan nilai hartanah semasa.

Berdasarkan laporan, unit baru rumah dan jualan semula hartanah di seluruh negara dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu, flet adalah kategori kediaman yang mendapat permintaan tinggi dengan peningkatan jualan sebanyak 50.4 peratus berbanding 2009.
Jualan flet baru di pasaran terbuka berharga RM50,000 hingga RM150,000 berada di tangga kedua selepas kondominium dan apartmen berharga RM50,000 hingga lebih RM1 juta, tetapi jumlah itu tidak termasuk rumah dijual semula.



P/s: Memikirkan bagaimana nasib orang-orang yang kurang berkemampuan? Saya lebih selesa tinggal di landed house dan di kawasan desa daripada di kawasan bandar.

P/s: Sudah mula berfikir hendak tinggal di mana apabila mula bekerja kelak (insyaAllah), enggang terbang sama enggang lah kan dalam merancang dan menguruskan kewangan.

Jan 15, 2011

Cukuplah marah.

Hadis tentang marah

Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari.

Huraian

Adapun maksud perkataan “Janganlah Marah” yang dikatakan kepada lelaki tersebut ialah jangan menurut nafsu kemarahan itu, dan bukanlah maksudnya melenyapkan sama sekali nafsu itu. Ini kerana kemarahan adalah satu-satunya dari tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan.

Sabda Nabi pada hadis yang lain: “Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam”. Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.

Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami:

”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”.

Wallahu A’lam

(sumber Hadith 40 , Mustafa Abdul Rahman)


-----

Sesungguhnya hati ni jikalau mengikut rentak kamu yang berterusan bersuara cun pasti saya sendiri boleh pening dan serabut jadinya. Biarlah kamu nak kata apa-apa lagi.. Nak melangau-langau lagi pun sila lah jikalau itu memberi seribu kepuasan buat kamu.. Hendak membuat spekulasi-spekulasi pun terpulanglah.. Hati ni dah tepu menelan semua. Selagi sabar itu ada.

Banyakkan lagi sabar, kalau saya bising-bising seperti kamu.. maka sama je lah saya macam kamu.. Kamu nak tulis apa-apa lagi pun tulis je lah yang terbuku semua jika itu membuatkan kamu puas, lega dan gembira. Kamu nak terbitkan lagi spekulasi baru pasal berbangga diri itu ini.. terpulang lah pada kamu.. Kalau saya tak buat semua itu, kamu yang rugi dan berdosa menuduh saya tanpa usul periksa.


P/s: Senang betul manusia menuduh itu ini untuk puaskan nafsu amarah diri. Kamu manusia cerdik, masalah dari jiwa perlukan rawatan bermula dari jiwa juga.

P/s: Senang-senang berubah haluan dengan alasan tanpa persefahaman dengan tiada penjelasan. Umpama mahu melarikan diri sahaja dari segalanya. Mungkin kepuasan dengan cara itu atau memang sudah beralih 'haluan baru' semudah menukar baju.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...