Jun 21, 2010

Mengapa orang takut dengan MLM?

"Mari sertai, income hari-hari!!"


ataupun

"RM5000-RM2000 sehari bukan mustahil untuk menjadi milik anda! Mari sertai, hubungi saya SEGERA!!"


Apakah perasaan anda apabila menjumpai flyers yang mempunya 'kata-kata hikmat' seperti diatas?

.

.

Perasaan ingin tahu?
Berkobar-kobar?
Rasa bersemangat?
Rasa ingin tahu?

Lantas terus menghubungi pemilik flyers tersebut.

Begitukah?

Pandangan peribadi saya, ianya tidak akan berlaku. Peratusan untuk berlaku adalah kecil.

.

Flyers yang hanya menceritakan tentang 'duit' semata-mata adalah hyip sifatnya. Menakutkan.
Biasanya flyers sebegini akan dibuang. Jika saya pemilik flyers tersebut pasti akan rasa kecewa dan bersedih. Tambhan pula jika dibuang didepan mata saya sendiri. Pasti hampa.

Namun, itulah hakikatnya yang terjadi.

Mengakui, saya sememangnya terlibat dalam industri MLM. Dan cara penyebaran flyers adalah antara cara marketing yang paling mudah, cepat, dan berkesan.

Dan flyers yang terbaik sepatutnya menceritakan tentang produk yang ingin dijual.
Bagaimanakah pasaran ingin memandang positif kepada penggiat MLM jika cara penceritaan digunakan mengejar duit sahaja semata-mata tanpa menekankan tentang produk.

Yang ingin dijual adalah produk, income dan pendapatan akan datang sendiri. Percayalah.
Pilihan ditangan sendiri, samada mahu menjadi 'head hunter' atau benar-benar berkongsi kelebihan sesuatu produk. Umpama pisau ditangan kanan anda, buah tersedia di tangan kiri. Terpulanglah ingin memotong dengan cara masing-masing.Woha!;)


*Saya bukanlah seorang pakar atau leader besar dalam MLM, cuma pengalaman 4 tahun dalam industri ini mengajar banyak perkara pada saya tentang kehidupan. Penulisan di atas adalah pandangan peribadi semata-mata.

6 comments:

Jard The Great said...

ade kebenaran gak dlm kata2 mu =)

- zuriey - said...

orang yang berfikiran positif sahaja akan memilih MLM

sebiru hari ini said...

hanye yg berani ambl risiko akn ikuti MLM.....

Kujie said...

bkn senang nk betulkan pandangan org

student said...

Jard:
Terima kasih Jard..:)

Zuriey:
positif bertemu negatif bukan makin 'merapat' ke?hu

degree student:
hidup ini penuh dengan risiko.minimumkan risiko, itu yang terbaik.

Kujie:
Betul kak, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

sebiru hari ini said...

btol tu...tpi sedar x sedar sume bnda yg kite wt pasti ader risiko...
byk@xbyk...sedar@xsedar jer...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...