Jan 14, 2010

Pilihanraya Kembali!





Bismillah,

Esok pilihanraya kampus. Kali ke-3 sejak aku berada kat bumi IPIS ni.

Cepat jua masa berlalu, sedar tak sedar dah Sem 5 pun rupanyer..tahun ni dah mahu berpraktikum dan 'lawatan sambil belajar' ke sekolah.

Tahun ni langsung tak bernafsu untuk ikuti Pilihanraya. Tapi nmpk hangat, isu biasalah.. 'Konsep Pengasingan' dan 'Perbandingan' berlaku lagi. Setiap kali Pilihanraya Kampus je pasti sebegini berlaku.

Aku masih ingat lagi, sem 1. Aku cuba mencalonkan diri, kemudian lantas aku disusul(betulkan istilah ini?) oleh seorang 'abg senior' lebih kurang begini dialognya
"Syuk, usahlah bertanding. Nanti anta akan buat pecahan undi. Biarlah ahli-ahli MTEN sahaja yg bertanding, biar fikrah Islam sahaja yg memegang tampuk pemerintahan"


Tp, itu cerita dulu la..beberapa tahun lepas, kini tidak lagi. Tergelak kecil bila mengingatinya.

Mudah-mudahan, esok semua berjalan dgn lancar.

Apa yang datang dari ALLAH semuanya baik...





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...