Mar 1, 2009

Pengurusan Elaun

Bismillah,

Entry kali ni ditujukan khas wat semua pelajar2 KAMPIS,

Alhamdulillah, saat yg dinanti2 sampai juga akhirnya...Elaun bg pelajar2 IPGM Kampus Pengajian Islam [KAMPIS](tmpt aku stdy ni lar..) dah msuk pd khamis lpas.. Setelah lama menunggu, dgn penuh sabar..dgn penuh rasa mengharap elaun cepat masuk...ada yg tetiap hari pergi cek duit kat bank....perasaan bercampur baur krn xde duit nak blanje...ye lar, memasing dah 'besar2kan' xkan tetiap masa nak harap elaun PAMA (Papa n Mama) ye x?


Bermulanya tahun ini, pihak KAMPIS telah mengambil keputusan untuk membayar elaun mengikut semester, iaitu setiap 6 bulan sekali. Elaun untuk 1bulan adlh RM700, setelah tolak duit asrama lebih kurng dlam RM80 sebulan maka setiap pelajar dapatlah jumlah bersih dalam RM620 bg sebulan. Kemudian didarabkan dgn 6 bulan (1semester) maka dpatlah jumlah besar dlam lingkungan RM3720. Itulah jumlah duit yg msuk ke akaun pelajar2 KAMPIS khamis lepas yg perlu diurus dengan sebaiknye..yelar, duit msuk sekali bnyk, 6 bulan sekali kalau pengurusan tak betul tak ke jadi haru nanti..kannnn..?

Jadi, kat sini aku sekadar nak berkongsi pendapat tentang antara cara2 yg bleh digunakan tuk uruskn duit elaun tuh. Ni sekadar pendapat aku, mungkin ada bnyk kelemahannye tpi kalo ada yg rasa leh diikut, ok gak la kan..

--------------

Pertama : Bayar/simpan/tabungan untuk kebajikan diri sendiri(wang kecemasan) -15%

Ni perkara yg pertama perlu diberi penekanan. biasanye, kite apbla 'berduit buat belanja/shopping/borong dulu kan? duit yg baki2 tu lah bru pk nak msuk dalam tabung..untung sngat kalau ada baki, kalau takde? baru pegang duit je dah ber'joli' tak ingt dunia. Sume bnda nak beli. Jadi, cubelah mulai harini kita tukar, dapat elaun je awal2 terus asingkan duit untuk simpanan waktu2 terdeak. Kalau kire2 15% tu dlam RM93 je sebulan, 1semester dlam RM558. simpan RM558 drpd RM3720. boleh ke? Tepuk dada tnye kad ATM.. ;)

Kedua : Makanan harian -50%

Makanan harian ataupun bahasa lainnye adalah keperluan harian. Setelah 2tahun aku berada di bumi KAMPIS ni, pd pndpt aku utk perbelanjaan mkan sehari RM10 tu cukup dah sbnrnyer..kalau nak jimat lgi, pakat dgn kekwn -masak. Paling koman pun, masak nasi beli lauk sahaja -mkan rmai2, dlam talam. berkat pun dpat (sunnah), jimat pun dapat. Kalau dikira2, sehari RM10 sebulan RM300, 6bulan dlam RM1800. RM1800 dpd RM3720 tuk mkan sahaja..:)


Ketiga : Alat tulis/keperluan kuliah/asignment -25%

25% drpd RM3720 adlh RM930. Dengan duit nilah kita leh buat kecerian kelas, beli alat-alat tulis, kos nak buat alat2 ABM, beli pakaian uniform dan kos-kos bg menyiapkn asgnment dan pembentangan. RM930 untuk 6 bulan, ckup tak? Cadangan aku, kalau nak beli barang-barang keperluan tu belilah kat pasaraya2 yg tawarkan dgn harga yg murah dan berpatutan cth mcm kat 'Mydin Mall'. InsyaALLAH, ckup untuk beli kelengkapan2 kite semua.

Keempat : Keperluan lain dan barang-barang mewah -20%

Maksud keperluan-keperluan lain adalah mana2 brng/kos yg tidak aku sebutkn diatas sebelum ni. cthnye, mcm student2 yg ada motor nak tuang minyak kos yg mereka tanggung tu termsuk dlam 'keperluan lain' ni lah. Mengenai barang-barang mewah pula, sebenarnye kite patut mengukur baju dibadan sendiri. Ukur kemampuan diri. Cth brng2 mwah yg sepatutnye difikirkan bnyk kali sebelum dibeli oleh seorg pelajar tu adlh handset yg mahal2...ataupun pakaian yg mewah2.. 20% drpd RM3720 adlh RM744. Agak-agaknya, jika setiap kali dpt elaun je terus beli/tukar hp yg hargenye RM1xxx, lari tak budget?

Semua yg aku nyatakan diatas ni hanyalah pendapat peribadi aku yg telah disusun mengikut prioriti dan keutamaan. Yang paling utama adalah yg 'pertama' diikuti 'kedua' dan seterusnya. Bagi mendisiplinkan diri, perlukan pada latihan dan semangat yang kuat. Jika kekwn betul2 nak buat seperti yg aku cdgkan kat atas nih, syor aku mcube buat 'sistem sampul surat'. Caranya, duit elaun kite tu, dibahagi siap2 pd 4 bhgn, diasingkan terus dan untuk setiap perbelanjaan kita tu diambil drpd 'sampul' surat berbeza mengikut kategori perbelanjaan. Jika ada duit lebih, terus msukkan ke dlam 'sampul tabungan'. InsyaALLAH, boleh berjaya. Kalau difikirkan secara logik pun RM620 sebulan bg seorg pelajar dah cukup sgt sebenarnye, dah tak perlu lagi nak minta pd ibu bapa malah kite leh bg pd mereka lg sbnrnye.Apa-apa pun semua tu terpulang pd kebijaksanaan kita dalam mengurus 'cashflow' harian kita. Sekadar perkongsian drpd aku, kalau ada ape2 pndpt tulis la komen yer..;)


2 comments:

~Khairul Naziri~ said...

lepas ni leh r mtk cdgn camne aku nk berjimat.ngeh3

Asma' said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...